Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong

7.5

Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong

Pakaian Kebesaran Diraja
 
Tengkolok Diraja

  • Tengkolok diraja berwarna hitam dan bersulamkan benang emas.
  • Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah”
 
Solek bermaksud ikatan pada tengkolok. 

"Dendam Tak Sudah" bermaksud perjuangan raja-raja Melayu untuk memelihara kedaulatan negara.

Keris Pendek Diraja

  • Mata keris lama digunakan untuk menempa keris ini.
  • Sarung keris diperbuat daripada gading yang bertatahkan emas
 
Pending Diraja

  • Pending diraja diperbuat daripada emas sepuluh mutu dan bertatahkan permata delima.
  • Pending dijadikan hiasan pada tali pinggang atau bengkung.
 
Muskat

  • Muskat ialah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  • Muskat diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam dan disulami dengan benang emas.
 
Kalung Diraja

  • Kalung diraja diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan permata berlian.
  • Kalung dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
 
Gandik Diraja (Pemeles)

  • Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong memakai gandik diraja sewaktu istiadat pertabalan dan istiadat kebesaran diraja.
  • Gandik diraja diperbuat daripada emas putih dan bertatahkan permata berlian
 
Alat Kebesaran Diraja
 
Keris Panjang Diraja

  • Mata keris ditempa dengan besi waja yang diambil dari sembilan buah negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja.
  • Hulu keris hingga ke sarungnya disaluti emas
 
Cogan Alam

  • Cogan Alam diperbuat daripada perak.
  • Di sekeliling bulatan terdapat lambang 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu
 
Cogan Agama

  • Cogan Agama diperbuat daripada perak dan berhulu besar.
  • Ayat-ayat suci al-Quran diterapkan pada batang dan hulunya.
 
Cokmar

  • Cokmar diperbuat daripada perak dan mempunyai kubah di hulunya.
  • Cokmar merupakan alat perang pada zaman dahulu
 
Payung Ubur-ubur Kuning dan Tombak Berambu

  • Pada puncak Payung Ubur-ubur Kuning diletakkan anak bulan dan bintang berwarna kuning raja.
  • Tombak Berambu mempunyai mata berlok tiga.
 
Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja

  • Ketiga-tiga alat ini merupakan senjata Melayu lama.
  • Keris Panjang dan Sundang Diraja disaluti dengan perak dan berukir pada hulu dan sarungnya