Pengenalan asas sistem robotik

2.1 Pengenalan asas sistem robotik
 
  • Menyatakan elemen sistem robotik
  • Menghuraikan elemen sistem robotik yang terdapat pada robot
  • Menjelaskan pemasangan perkakasan pada reka bentuk sebuah robot
 

1. Robotik merupakan satu bidang sains yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, penggunaan dan sebagainya yang berkaitan dengan robot.

2. Bidang robotik

  • Industri automotif
  • Industri pertanian
  • Industri makanan
  • Industri elektronik
  • Komponen mekanikal

3. Elemen sistem robotik

 
Elemen sistem robotik Fungsi Komponen
Kawalan Menghasilkan sesuatu tindakan 
  • Papan mikropengawal
Kuasa Digunakan sebagai kuasa elektrik
  • Panel solar
  • Bateri
Sensor Peranti yang boleh mengesan perubahan pada persekitaran
  • Sensor ultrasonik
Pergerakan Membolehkannya melakukan pelbagai gerakan mengikut fungsi atau kerja yang ditetapkan 
  • Sendi
 

4. Peumatik ialah sistem penggerak yang menggunakan tekanan udara sebagai penggerak.

5. Hidraulik ialah sistem penggerak yang menggunakan tekanan cecair.

6. Pemasangan perkakasan pada robot

 
Elemen sistem robotik Komponen Penerangan
Kuasa Perkakasan kuasa Dipasangkan pada tempat yang mudah untuk pada tempat yang mudah untuk menggantikan bateri
Kawalan  Papan mikropengawal Papan mikropengawal dipasangkan pada kedudukan yang memudahkan pemasangan 
Sensor Sensor ultrasonik Dipasangkan pada bahagian hadapan bagi mengesan halangan dari jarak tertentu
Pergerakan Motor arus terus Dipasangkan pada bahagian bawah untuk robot bergerak ke hadapan atau ke belakang
  Motor servo Dipasangkan pada bahagian yang memerlukan pergerakan pada sudut tertentu