Akidah

 
Di dalam bab ini, pelajar akan didedahkan dengan perkara-perkara tauhid yang boleh dijadikan sebagai pengikat hati pelajar dengan sifat-sifat dan nama Allah yang terpuji. Selain itu, 
 

Topik yang akan dikupas termasuklah:

  • Sifat Sama' Allah
  • Sifat Basar Allah
  • Sifat Kalam Allah
  • Nama-nama Allah : Al-Hasib
  • Nama-nama Allah: Dhul-Jalali Wal-Ikram
  • Amalan Syirik
  • Beriman dengan Samiyat

 

3.1  Allah Bersifat Sama'

 

 
Maksud Allah bersifat Sama'
 
Allah Maha Mendengar setiap sesuatu, sama ada bunyi yang kuat atau sangat perlahan, seperti bisikkan hati manusia.
 
Kita wajib beriman dengan sifat Sama' Allah S.W.T.
 
 

 Dalil Naqli:

Sumber "https://www.scribd.com/"

 

Dalil Aqli:

  • Allah memiliki sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Justeru itu, amatlah mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti tidak boleh mendengar.

 

Kesan meyakini Allah bersifat Sama'
 
Hidup diberkati Allah.
 
Menjaga pertuturan dan bisikan hati.
 
Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
 
Menjadikan bacaan al-Quran dan zikir sebagai amalan.
 
Menjauhi maksiat lidah seperti mengeluarkan perkataan yang kotor dan kesat serta mengupat
 

 

 

Rumusan:

  • Kita mestilah membuktikan keimanan kepada Allah Yang Maha Mendengar dengan sentiasa menjaga pertuturan dan bisikan hati.

 

3.2 Allah Bersifat Basar

 

 
Maksud Allah bersifat Basar
 
Allah Maha Melihat setiap perkara sama ada yang nyata ataupun yang tersembunyi. Sifat Basar Allah tidak memerlukan peralatan dan tidak terbatas
 
KIta wajib beriman bahawa Allah bersifat Basar dengan meyakini setiap perlakuan kita dapat dilihat oleh Allah walaupun manusia tidak dapat melihatnya
 
 

Dalil Naqli:

Surah Al-Hujerat: Ayat 18

Sumber "surah.my"

Dalil Aqli:

  • Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Oleh itu, amatlah mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti tidak dapat melihat.
 
  Kesan meyakini Allah bersifat Basar  
     
  Berusaha melibat gandakan amalan  
     
  Berhati-hati dalam setiap perbuatan  
     
  Sentiasa memelihara akhak  
     
  Mewujudkan masyarakat harmoni  
     
  Hidup dirahmati Allah S.W.T  
     
 

Rumusan:

  • Kita wajib beriman bahawa Allah Maha Melihat tiap-tiap sesuatu yang jelas dan tersembunyi. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati pada setiap tingkah laku kita untuk menjauhi kemurkaan Allah.
3.3 Allah Bersifat Kalam

 

 
  Maksud Allah bersifat Kalam  
     
   Allah S.W.T Maha Berkata-kata tanpa memerlukan alat, bantuan dan perantaraan.   
     
  Cara Allah berkata-berkata tidak serupa sama sekali dengan makhluk.  
     
  Kita wajib beriman bahwa Allah bersifat Kalam.  
     
 

 Dalil Naqli:

Surah An-Nisaa: Ayat 164

Dalil Aqli:

  • Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Oleh itu, amatlah mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti tidak dapat berkata-kata.
 
  Kesan meyakini Allah bersifat Kalam  
     
  Mengakui kebesaran dan keagungan Allah  
     
  Menjadikan Al-Quran sebagai pegangan dalam kehidupan  
     
  Beramal dengan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya  
     
  Dikasihi dan dirahmati Allah  
     
 

 Rumusan:

  • Kalam Allah tidak dapat dijangkau oleh akal fimmiran manusia. Kita wajib beriman dengan sifat Kalam Allah dan mentaati perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya.
3.4  Asmaul Husna : Al-Hasib

 

Pengertian Al-Hasib
     
  Allah Maha Menghitung setiap amalan dan perbuatan kita sama ada baik ataupun tidak baik pada setiap masa dan tempat.  
     
  Juga bermaksud Allah Maha mencukupkan keperluan hamba-Nya  
     
  Kita wajib beriman bahawa Allah mempunyai nama Al-Hasib dengan meyakini Allah Maha Pemurah ketika memenuhi keperluan hamba-Nya dan Maha Menghitung setiap amalan kita  
     
 

 Dalil Naqli:

Surah Al-Imran: Ayat 19

Sumber "surah.my"

 
  Kesan meyakini nama Allah Al-Hisab  
     
  Memperbanyakkan amalan  
     
  Bersegera melakukan amalan kebaikan  
     
  Menghargai masa dengan melakukan perkara berfaedah  
     
  Meninggalkan maksiat  
     
  Bersyukur dengan segala pemberian Allah  
     
  Hidup disayangi Allah  
     
 

Rumusan:

  • Kita wajib beriman dengan nama Allah Al-Hasib. Dengan cara berhati-hati pada setiap perbuatan kita dan menjadi manusia yang bersyukur.

 

3.5 Asmaul Husna: Dhul-Jalali Wal-Ikram

 

 
  Pengertian Dhul-Jalali Wal-Ikram  
     
  Allah memiliki keagungan dan kemuliaan yang Maha Luas dan meliputi sekalian makhluk-Nya.  
     
  Kemuliaan dan keagungan Allah tiada bandingannya.  
     
  Kita wajib beriman bahawa ALlah memiliki nama Dhul-Jallali Wal-Ikram dengan meyakini dan mengakui keagungan serta kemuliaan Allah Yang Maha Sempurna dan Kekal.  
     
 

 

 
  Kesan Meyakini Nama Allah Dhul-Jallali Wal-Ikram  
     
  Yakini Allah Maha Hebat  
     
  Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya  
     
  Memiliki sifat tawadduk  
     
  Mensyukuri nikmat Allah  
     
  Dikasihi dan dirahmati Allah Yang Maha Esa  
     
 

Dalil Naqli: 

Surah Ar-Rahman: Ayat 26-27

Sumber "surah.my"

Rumusan:

  • Kita wajib beriman dengan nama Allah Dhul-Jallali Wal-Ikram. Allah memiliki segala kesempurnaan dan kemuliaan yang tiada bandingan-Nya.
3.6 Jauhi Syirik

 

 
  Maksud Syirik  
     
  Perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.  
     
  Berlaku melalui perkataan, perbuatan dan iktikad.  
     
  Hukum : Haram  
     
  Adalah dosa paling besar serta dijanjikan dengan azab yang pedih.  
     
  2 jenis syirik: Syirik Jali dan Syirik Khafi  
     
 

 Dalil Naqli:

Syirik Jali
Mempercayai  atau mengakui adanya Tuhan lain selain Allah atau menyembah selain Allah Yang Esa. 
Nama lain: Syirik Besar

Contoh:

Menyembah berhala, matahari, bulan atau bintang,meminta doa dan pertolongan selain Allah

Akibat mengamalkannya:

Merosakkan akidah

Hilang pergantungan dengan Allah

Berdosa besar dan dimurkai Allah

Kekal dalam api neraka

 

Syirik Khafi
Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat ketika beribadat
Nama lain: Syirik Kecil

Contoh:

Riak dalam melakukan ibadah

Melakukan sesuatu untuk mendapat pujian masyarakat

Akibat mengamalkannya:

Menghapuskan pahala amalan

Sukar menerima pandangan orang lain

Menimbulkan permusuhan

Dibenci masyarakat

Mudah berputus asa

Rumusan:

  • Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Oleh itu, kita wajib menjauhi perbuatan syirik yang boleh menyebabkan rosaknya akidah.
3.7 Beriman dengan Sam'iyyat
 
  Maksud Beriman dengan Sam'iyyat  
     
  Sam'iyyat ialah perkara-perkara yang tidak dapat digambarkan dengan akal dan pancaindera manusia.  
     
  Sam'iyyat hanya dapat diketahui melalui al-Quran serta hadis  
     
  Kita wajib meyakini perkara-perkara Sam'iyyat ataupun perkara-perkara ghaib.  
     
 

 Dalil Naqli:

Surah Al-Baqarah: Ayat 3

Contoh Perkara-perkara Sam'iyyat

Nama Huraian
Alam Barzakh
  • Alam kubur yang dihadapai semua manusia sebelum dibangkitkan di hari Kiamat.
  • Semua manusian akan didatangi oleh Malaikat Munkar dan Nakir serta dihadapai soalan kubur.
  • Allah menjanjikan nikmat/azab bergantung kepada amalan manusia di dunia.
Padang Mahsyar
  • Tempat perkumpulan semua makhluk Allah setelah dibangkitkan daripada kubur.
  • Di sini, makhluk menerima pengadilan atas perbuatan mereka di dunia sama ada baik/buruk.
  • Keadaan di sana sangat dahsyat sehinga membuat kita sangat takut dan cemas.
  • Para nabi, Rasul dan orang yang soleh sahaja yang berada dalam keadaan aman dan tenang.
Mizan
  • Timbangan amalan yang dilalui semua manusia.
  • Beruntunglah siapa yang berat timbangan amalannya.
  • Timbangan seseorang menhadi berat kerana amalan kebaikan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
Titian Sirat
  • Titian yang merentangi neraka jahanam yang dilalui semua manusia.
  • Hanya orang yang beriman dan bertakwa sahaja dapat melintasi titian itu dengan selamat untuk ke syurga.
  • Hadis nabi menceritakan bahawa kepantasan melintasi titian itu bergantung kepada amal soleh di dunia.
  • Sebahagian menlintasinya sepantas kilat, dan ada yang tidak berjaya melintasinya lalu terjatuh ke dalam neraka.
Syurga
  • Untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.
  • Keadaanya sangat indah, nyaman, dan dipenuhi kenikmatan.
  • Terdapat taman-taman syurga yang indah dan mempersonakan dengan pancaran mata air dan sungai-sungai yang mengalir.
  • Penghuninya dapat berehat sepuas-puasnya dan ditemani oleh bidadari-bidadari.
  • Penghuninya dipakaikan pakaian cantik daripada sutera dan dihiasi pergiasan emas dan mutiara.
  • Terdapat juga makanan dan minuman yang lazat serta mereka kekal di dalamnya.
Neraka
  • Untuk mereka yang tidak mentaati perintah Allah
  • Keadaanya sangat panas dengan api yang marak menyala. 
  • Penghuninya bersa sangat tersiksa dan terlalu dahaga
  • Diberi minum minuman tembaga cair yang sangat panas

 

 

 
  Kesan Beriman dengan Perkara Sam'iyyat  
     
 

Menjadi manusia yang bertakwa:

  • Yakin dengan keadilan Allah dan kekuasaan-Nya.
  • Menginsafi azab Allah.
 
     
 

Menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup:

  • Al-quran Sunnah menjadi panduan hidup.
  • Mengisi masa dengan perkara berfaedah.
 
     
 

Melahirkan masyarakat yang sukakan kebaikan dan menghindari kemungkaran:

  • Tolong-menolong dalam melakukan kebaikan
  • Bersama-sama mencegah kemungkaran
 
     
 

Mentaati perintah Allah dan menjauhi perbuatan dosa:

  • Istiqamah beribadah
  • Hindari maksiat dan keji
 
     
 

Mendorong seseorang melakukan kebaikan sebanyak mungkin:

  • Membantu mereka yang memerlukan
  • Bersikap pemurah dan dermawan
 
     
 

 Rumusan:

  • Kita wajib beriman dengan perkara Sam'iyyat, dan membuktikan keimanan kepada-Nya, dengan istiwamah melakukan ibadah fardu dan membanyakkan amalan sunat seta menjauhi segala larangan Allah.