Guruku Sayang

23  Guruku Sayang

  • Beradab dengan guru hukumnya wajib.
  • Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan.
 
Definisi Guru

Orang yang mengajar, disebut juga pendidik, pengajar dan pembentuk akhlak.

 

Adab dengan guru:

Perlakuan

  • Mentaati guru
  • Memberikan tumpuan ketika guru mengajar
  • Membantu guru
  • Mendoakan guru

Percakapan

  • Bercakap dengan lembut dan sopan
  • Bertanya perkara yang bermanfaat jika diizinkan
  • Memberi salam apabila bertemu guru

Perasaan

  • Merendah diri
  • Tidak sombong
  • Bersabar atas tindakan guru
  • Bersangka baik dengan guru
 
Meneladani sahabat dan ulama:
 
Cara  Contoh
Menghormati guru

Para sahabat tidak berbual sekiranya Rasulullah SAW hadir kerana malu dan hormat kepadanya

Membantu guru

Ibnu Abbas pernah memegang dan menuntut tali tungganggan gurunya Zaid Bin Thabit sebagai tanda penghormatan

Bersabar terhadap guru

Ibnu Abbas RA sanggup menunggu di hadapan rumah gurunya Zaid bin Thabit yang sedang tidur sehingga beliau terjaga

Bersopan dengan guru

Imam Syafie menyelak helaian buku di hadapan gurunya Imam Malik dengan perlahan kerana segan dan tidak mahu mengganggu gurunya yang sedang mengajar

 

Kepentingan adab dengan guru:

Individu

  • Mendapat pahala dan keberkatan ilmu
  • Disayangi guru-guru
  • Mudah mengingati pelajaran

Masyarakat

  • Tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif
  • Melahirkan masyarakat berilmu dan penyayang

Negara

  • Lahir ramai cerdik pandai untuk membangunkan negara
  • Negara maju dan berdaya saing