Ibadah: Sunat Ab'ad & Sunat Haiat

 

12

 Sunat Ab'ad dan Sunat Haiat

 Gambar sebuah rajah:  SUNAT AB'AD AMALAN SUNAT YANG AMAT DITUNTUT JIKA DITINGGALKAN, DIGANTI DENGAN SUJUD SAHWI  SUNAT HAIAT AMALAN SUNAT YANG DITUNTUT JIKA DITINGGALKAN, TIDAK PERLU DIGANTI DENGAN SUJUD SAHWI

Pengertian Sunat Ab'ad dan Sunat Haiat

 
Sunat Ab'ad Sunat Haiat

Amalan sunat yang amat dituntut jika ditinggalkan, diganti dengan sujud sahwi

Contoh: membaca doa qunut

Amalan sunat yang dituntut jika ditinggalkan, tidak perlu diganti dengan sujud sahwi. 

Contoh: membaca doa iftitah

 
 

Perkara-Perkara Sunat Ab'ad dan Sunat Haiat

 

Sunat Ab'ad

  1. Duduk dan membaca tahiyyat awal.
  2. Membaca selawat keatas Nabi Muhammad SAW dalam tahiyyat awal. (اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ)
  3. Membaca selawat keatas keluarga Nabi Muhammad SAW dalam tahiyyat akhir. (وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ)
  4. Membaca doa qunut pada solat subuh.
  5. Berdiri semasa membaca doa qunut.
  6. Berselawat keatas keluarga Nabi Muhammad SAW semasa qunut.
 

Sunat Haiat (Perbuatan)

  1. Menangkat kedua-dua ketika takbiratulihram, ruku', iktidal, dan bangun selepas tahiyyat awal.
  2. Meletakkan tangan kanan diatas bahagian tangan kiri ketika berdiri. 
  3. Melihat ke tempat sujud.
  4. Duduk iftirash dan duduk tawarruk.
  5. Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika duduk tahiyyat awal dan akhir.
  6. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam.
 

Sunat Haiat (Bacaan)

  1. Melafazkan takbir intiqalat iaitu yang mengiringi setiap perpindahan perbuatan dalam solat.
    • Takbir Al-Intiqalat : Takbir yang dilakukan ketika perpindahan daripada satu rukun solat kepada satu rukun solat yang lain.
  2. Membaca istiazah sebelum membaca Al-Fatihah dan menyebut (Amin) selepas Al-Fatihah.
  3. Membaca doa iftitah
  4. Membaca surah selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua.
  5. Menyaringkan suara pada bacaan Al-Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua ketika solat subuh, maghrib, isyak, dan solat jumaat.
  6. Membaca tasbih ketika ruku' dan sujud.
  7. Membaca " سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ " dan " رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ " ketika bangun daripada ruku'.
  8. Membaca doa ketika duduk antara dua sujud.
  9. Membaca selawat ibrahimiyah (gambar dibawah).
  10. Memberi slaam yang kedua.
 
 

Selawat Ibrahimiyah

 

Selawat Ibrahimiyah

Gambar sebuah petikan:  Selawat Ibrahimiyah  allahuma saliy ealaa muhamad waealaa alih muhamadin, kama salayt ealaa 'iibrahim waealaa al 'iibrahima, wabarik ealaa muhamad waealaa alih muhamadin, kama barakt ealaa 'iibrahim waealaa al 'iibrahim fi alealamin 'iinak hamid majid  Ya Allah! Berilah selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda, sebagaimana Engkau telah memberikan selawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya, dan berilah keberkatan kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda, sebagaimana Engkau berikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Di dalam alam semesta ini hanya Engkau sahaja Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia

 
 

Mengaplikasi Sunat Ab'ad dan Sunat Haiat

  • Menghayati dan memahami pengertian sunat ab'ad dan sunat haiat.
  • Mengetahui perbezaan sunat ab'ad dengan sunat haiat kepada murid.
  • Melakukan simulasi untuk memahami cara perbuatan sunat-sunat ab'ad.
  • Membaca bacaan dalam sunat ab'ad.
  • Memahami perkara sunat haiat.
  • Jelas akan selawat ibrahimiyah dan menghayati maksudnya.
 
 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Sunat Ab'ad

 

Tatacara Sujud Sahwi

   Tata Cara Sujud Sahwi  1. Setelah membaca tasyahud akhir, niat sujud sahwi dalam niat 2. Kemudian, sujud sahwi pertama dengan membaca tasbih  Bacaan tasbih sujud sahwi
 
 

 Perbezaan Duduk Iftirasy dan Tawarruk

  Duduk Tawaruk Duduk Iftirasy

 
 
Tawaruk Iftirasy

Duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan dalam keadaan telapak kaki kanan ditegakkan.

(Ketika duduk, diantara dua sujud dan duduk membaca tahiyyat awal).

Meletakkan punggung di atas lantai manakala kaki kiri dilipat dan hujungnya berada di bawah lingkungan kaki kanan.

Tapak kaki kanan ditegakkan dan jari-jarinya menghadap qiblat.

(Ketika duduk membaca tahiyyat akhir).

 
 

Melazimi Amalan Sunat

  • Jelas akan perkara-perkara yang menyebabkan perlu sujud sahwi.
  • Melakukan simulasi tatacara sujud sahwi.
  • Menghayati pengertian sunat ab'ad dan sunat haiat.
  • Melakukan aktiviti bersama rakan tentant cara perlakuan sujud sahwi dan bacaan.
  • Bincangkan bersama perbezaan sunat ab'ad dan sunat haiat dan juga tindakan yang perlu dilakukan jika terlupa melaksanakan sunat ab'ad.
  • Melakukan simulasi duduk iftirasy, berdiri membaca doa qunut, dan diikuti duduk tawarruk.
  • Menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan di dalam kelas seperti jelajah bijak solat dimana setiap murid dibahagi mengikut stesen yang merupakan rukun-rukun solat dan murid-murid perlu mengenal pasti sunat ab'ad dan haiat ketika melepasi setiap stesen.