Ibadah: Bersuci Daripada Hadas Besar

 

10

 Bersuci Daripada Hadas Besar

 Gambar sebuah rajah:  KEPENTINGANMANDI WAJIB  BADAN MENJADI BERSIH DAN SEGAR AMAL IBADAH DITERIMA ALLAH SIHAT TUBUH BADAN

Maksud hadas
Hadas ialah kekotoran maknawi pada diri seseorang yang menghalang sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci.
 
 
Pembahagian hadas
Gambar sebuah rajah:  Pembahagian Hadas  Hadas  Hadas besar  Hadas kecil  Cara bersuci adalah dengan berwudhu'  Cara bersuci adalah dengan mandi wajib
 
 
Hukum bersuci daripada hadas
  • Hukum bersuci daripada hadas adalah wajib. 
  • Ini adalah berdasarkan dalil berikut. 

wa'iin kuntum junuban fa'azaharuu... ( surat almayidat 6:5

Maksudnya : Jika kamu berjunub, maka bersucilah. 

 
 
Sebab berhadas besar
Gambar sebuah rajah:  Sebab Berhadas Besar  1. Keluar mani 2. Bersetubuh 3. Haid 4. Mati 5. Wiladah 6. Nifas
 
 
Pengertian
  • Kekotoran maknawi: Kekotoran yang tidak boleh dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.
  • Wiladah: Melahirkan anak.
  • Nifas: Darah yang keluar selepas melahirkan anak.
  • Haid: Darah yang keluar daripada rahim wanita yang sihat sudah baligh.
  • Bersetubuh: Melakukan perhubungan jenis suami isteri.
  • Keluar mani: Air yang keluar selepas mencapai tahap syahwat.
 
 
Larangan semasa berhadas besar 
  1. Menunaikan solat
  2. Mengerjakan tawaf
  3. Membaca dan menyentuh Al-Quran
  4. Berada didalam masjid
 
 
Kaedah Bersuci Daripada Hadas Besar

Gambar sebuah rajah:  nawayt rafe alhadath al'akbar lilah taealaa  Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah  1. Menghilangkan najis terlebih dahulu 2. Membaca basmalah sambil berniat mengangkat hadas besar 3. Membasuh tangan tiga kali 4. Membasuh kemaluan daripada kekotoran dan najis 5. Mengambil wudhu 6.Membasuh keseluruhan rambut di kepala dan telinga 7. Menjirus air ke seluruh badan bermula di sebelah kanan 8. Menggosok bahagian sulit dan lipatan 9. Membasuh kaki  Amalan wajib  Amalan sunat

 
 

Kepentingan Mandi Wajib

Jasmani

Rohani

  • Badan menjadi bersih dan segar
  • Sihat tubuh badan
  • Membersihkan diri daripada bau dan kuman
  • Memberi keselesaan untuk berinteraksi dengan orang lain
  • Membolehkan untuk bersolat, tawaf dan menyentuh Al-Quran
  • Amal ibadah diterima Allah
  • Sebagai bukti ketaatan kepada Allah