Akidah: Beriman dengan Kitab Allah

9 Beriman dengan Kitab Allah
 
Pengertian Kitab
  • Kitab Allah bermaksud kalam Allah yang diwahyukan kepada para Nabi dan rasul-Nya.
  • Kitab ini mengandungi syariat dan petunjuk, memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah.
 
Al-Quran sebagai Kitab Panduan Hidup
  • Al-Quran merupakan kitab panduan bagi umat Islam.
  • Al-Quran ialah wahyu Allah yang mengandungi ajaran Islam.
  • Al-Quran merupakan kitab Allah yang terakhir.
  • Satu-satunya kitab yang terpelihara daripada penyelewengan sehingga hari kiamat.
 
Dalil Naqli
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ ءَامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلْكِتَـٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلْكِتَـٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبْلُ 
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasulnya dan kitab yang Allah turunkan kepada rasulnya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. (Surah An-Nisa', ayat 136)
 
Nama Kitab Yang Wajib Kita Ketahui
  • Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
  • Kitab Injil kepada Nabi Musa.
  • Kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
 
Maksud Syafaat
  • Syafaat bermaksud pertolongan.
  • Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat Al-Quran akan datang memberi syafaat kepada pembacanya. (Riawayat Muslim)
 
Bukti Keimanan Melalui Tindakan
  • Menunaikan solat lima waktu.
  • Menjadi seorang yang amanah.
  • Tidak berbohong.
  • Menutup aurat dengan sempurna.
  • Bersungguh-sungguh belajar membaca Al-Quran dan berusaha memahaminya.
  • Memelihara kesucian Al-Quran.
  • Tekun menuntut ilmu.
  • Mengamalkan akhlak mulia.
 
Info
  • Selain kitab, terdapat juga suhuf atau lembaran yang mengandungi wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada para nabi dan rasul.
  • Contohnya, suhuf kepada Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Musa A.S.
  • Syariat
    • Hukum dan aturan Islam yang Allah SWT beri kepada manusia dan mesti dipatuhi seperti akidah, ibadat dan akhlak.