Hadis: Mengasihi yang Lebih Muda dan Menghormati yang Lebih Tua

 

7

  Yang Muda Dikasihi, Yang Tua Dihormati

 
Pengertian dan Kepentingan Hadis
 
Pengertian hadis

Semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda. 

Kepentingan hadis

Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Hadis berfungsi untuk menjelaskan hukum secara terperinci. 

 

Hadis dan terjemahannya

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه : لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْ حَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا

(رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِي)

Maksudnya : Daripada Ibn Abas berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua".

(Riwayat Abi Daud dan Al-Tarmizi)

 
Adab Mengasihi Orang Muda
 
  • Menunjuk contoh teladan yang baik
  • Berbicara dengan nada yang mesra
  • Mewujudkan hubungan baik dengan orang muda
  • Menasihati dengan kata-kata yang baik
  • Melihat mereka dengan penuh kasih sayang