Adab Berdoa

5.3  Adab Berdoa
 
Pengertian doa: Doa bermaksud perbuatan hamba memohon sesuatu kepada Allah SWT.
 

Kenapakah kita dituntut untuk berdoa?

Allah SWT memerintahkan kita berdoa, firmannya yang bermaksud "Tuhanmu telah berkata berdoalah kepadaku nescaya aku perkenankan"

 
Tatacara berdoa.
 
  • Niat yang ikhlas kerana Allah.
  • Berwuduk.
  • Menghadap kiblat.
  • Menadah tangan.
  • Menumpukan perhatian kepada doa.
  • Memulakan dengan memuji Allah.
  • Salawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Merendahkan suara.
  • Berdoa dengan penuh keyakinan.
  • Doa dibaca dengan tenang dan tertib.
  • Mengucapkan Aamiin selepas berdoa.
 
Kepentingan mengamalkan adab berdoa.
 
1. Supaya Allah SWT memperkenankan permintaan.
 
  • Allah SWT akan menerima doa daripada hambanya.
 
2. Memupuk peribadi yang menjaga kebersihan dan kesucian diri.
 
  • Kita dituntut menjaga kebersihan diri ketika berdoa.
 
3. Memupuk sikap berusaha dengan bersungguh-sungguh.
 
  • Disamping berdoa kita haruslah berusaha dan tidak lalai serta leka.
 
Rumusan
 
Kita hendaklah beradab ketika berdoa kepada Allah SWT.