Adab Makan dan Minum

 
5.1  Adab Makan dan Minum
 
Adab sebelum makan dan minum:
 
  • Membasuh tangan sehingga bersih.
  • Duduk dengan tertib.
  • Membaca bismillah.
  • Membaca doa makan.
 
Doa sebelum makan dan minum.
 

اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيماَ رَزَقْتَناَ وَقِناَ عَذاَبَ النَّارِ

 
Maksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki kami dan jauhi kami daripada azab neraka.
 
Adab semasa makan dan minum:
 
  • Gunakan tangan kanan.
  • Mengambil makanan yang paling hampir.
  • Elakkan meniup makanan atau minuman yang panas.
  • Elakkan berbual perkara yang tidak baik ketika sedang makan.
  • Tidak membazir.
  • Tidak mencela makanan.
  • Jika terlupa membaca doa makan, bacalah:  بِسْمِ اللَّهَ اَوَّلُهُ وَاَخِرُهُ
 
Adab selepas makan dan minum:
 
  • Membasuh tangan.
  • Membaca doa selepas makan.
 

Doa selepas makan dan minum:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي اَطْعَمَناَ وَسَقاَناَ وَجَعَلَناَ مُسْلِمِينَ

 
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta jadikan kami orang islam.
 
Kepentingan mengamalkan adab makan dan minum:
 
Berdisiplin.
 
  • Menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Terhindar daripada melakukan perbuatan tercela.
 
Kesihatan terpelihara.
 
  • Terhindar daripada jangkitan kuman dan penyakit berbahaya.
  • Meningkatkan kualiti kehidupan.
 
Masyarakat harmoni.
 
  • Merapatkan hubungan baik sesama manusia.
  • Hidup aman dan damai.
 
Bersyukur.
 
  • Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  • Mengelakkan daripada pembaziran.
 
Rumusan
 
Mengamalkan adab makan dan minum menjadikan kita seorang Muslim berakhlak dan bersyukur.