Sesuci Hati Kekasih Allah

 
4.1  Sesuci Hati Kekasih Allah
 
Tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad SAW.
 
  1. Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dengan tanda-tanda kenabian.
  2. Semasa baginda masih kanak-kanak, dadanya dibedah oleh malaikat.
  3. Ketika Nabi Muhammad SAW menuju ke Kota Sham, seorang pendeta Yahudi dapat mengenali bahawa baginda adalah nabi akhir zaman.
  4. Hal ini berdasarkan tanda-tanda yang jelas kelihatan pada Nabi Muhammad SAW.
  5. Awan sentiasa menaungi Nabi Muhammad SAW.
  6. Terdapat juga tanda kenabian di belakang tubuh Nabi Muhammad SAW.
 
Peristiwa hati Nabi Muhammad SAW disucikan;
 
Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Kota Mekah. Semasa kecil baginda disusui oleh Halimatus Sa'adiah. Ketika berumur empat tahun, semasa baginda bermain bersama-sama dengan kanak-kanak yang lain, dua malaikat datang membawa baginda ke suatu tempat.
 
Malaikat Jibril AS membelah dada Nabi Muhammad SAW lalu mengeluarkan segumpal darah serta berkata, "Inilah sasaran syaitan daripada kamu". Jibril AS mencucikannya dengan air zam-zam dan kemudian memasukkannya semula ke dalam tubuh baginda SAW.
 
Kanak-kanak yang melihat peristiwa tersebut menceritakan perkara yang berlaku kepada Halimatus  Sa'adiah. Kemudian mereka segera pergi mendapatkan Nabi Muhammad SAW.
 
Rumusan
 
Sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan agar hati sentiasa suci.