Kenali Sifat-Sifat Allah

 
Dalam subtopik ini, para pelajar akan belajar mengenali sifat-sifat Allah.
 
2.1  Kenali Sifat-Sifat Allah
 
Setiap Muslim perlu mengenali sifat-sifat Allah kerana setiap Muslim perlu menyedari keagungan Allah dalam memberi semua nikmatNya serta anugerah yang tidak ternilai terhadap semua makhlukNya di muka bumi ini.
 

20 Sifat Allah yang wajib diketahui:

 
  • Wujud: ada
  • Qidam: sedia ada
  • Baqa': kekal
  • Mukhlalafatuhu lil hawadisi: bersalahan dengan yang baharu
  • Qiyamuhu binafsihi: berdiri dengan sendirinya
  • Wahdaniyah: esa
  • Qudrat: berkuasa
  • Iradah: berkehendak
  • 'Ilmun: mengetahui
  • Hayat: hidup
  • Sami'un: mendengar
  • Basarun: melihat
  • Kalamun: berkata
  • Kaunuhu qaadiran: keadaanya berkuasa
  • Kaunuhu muridan: keadaanya berkehendak
  • Kaunuhu 'aliman: keadaanya mengetahui
  • Kaunuhu haiyan: keadaanya hidup
  • Kaunuhu sami'an: keadaanya mendengar
  • Kaunuhu basiran: keadaanya melihat
  • Kaunuhu mutakalliman: keadaan berkata-kata
 
Bukti keimanan terhadap sifat-sifat Allah.
 
  • Tidak merosakkan harta awam kerana meyakini bahawa Allah bersifat Maha Berkuasa.
  • Sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah kerana meyakini bahawa Allah bersifat Maha Berkehendak.
  • Tidak menipu ibu dan ayah kerana meyakini bahawa Allah bersifat Maha Mengetahui.
  • Tidak akan melakukan kejahatan walaupun ketika bersendirian kerana meyakini bahawa Allah bersifat Maha Melihat.
 
Rumusan
 
Beriman dengan sifat Allah menjadikan kita orang yang berdisiplin dan berakhlak mulia.