Kata Sendi Nama

 
Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama.
 
8.1  Kata Sendi Nama

 

  • Kata Sendi Nama bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  • Kata Sendi Nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
  • Contoh Kata Sendi Nama adalah seperti :-
     Kata Sendi Nama  Penggunaan Contoh Ayat
    di Digunakan untuk tempat. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
    ke   Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. Mereka akan ke Ipoh esok.
    dari Digunakan untuk tempat, arah atau masa. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
    daripada Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. Surat itu saya terima daripada Yatie.
    Kepada/ akan/terhadap Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. Devi suka akan rambutan.
    bagi/untuk Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.  Hadiah ini untukmu.
    pada Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Tiket bas itu ada pada Hanim.
    demi Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan Demi kepentingan bersama, marilah kita  berdamai.
    tentang Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara.
    seperti/
    umpama/
    laksanabagai
    Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. Suaranya merdu seperti/umpama/laksana/bagai buluh perindu. 
    dengan Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
    sejak/semenjak Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.

    Riesa sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan.

    oleh Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-

    Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka.  

    hingga/

    sampai

    Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. 

    dalam/

    antara

    Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Dalam hal ini, kita semua setuju.