15: Imbuhan

15 Imbuhan 
 
DEFINISI
  • Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. 
  • Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan Kata Terbitan.
  • Imbuhan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
    • Imbuhan Awalan
    • Imbuhan Akhiran
 
Imbuhan Awalan 
  • Imbuhan Awalan merujuk kepada penambahan ilmu di hadapan suatu Kata Dasar.
  • Imbuhan yang ditekankan ialah imbuhan ber, mem dan pen.
  • Contoh Imbuhan Awalan ialah:
 
 Imbuhan Awalan Contoh Perkataan Contoh Ayat
 ber- ber + lari = berlari Akid berlari dengan pantas.
mem- mem + beli = membeli Dayat membeli minuman di gerai
pen- pen + jual = penjual Pak Suhaimi penjual ais krim.
 
Imbuhan Akhiran 
 
  • Imbuhan Akhiran merujuk kepada penambahan imbuhan di belakang suatu kata dasar.
  • Imbuhan Akhiran pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada huruf akhiran pada kata dasar iaitu imbuhan an, kan dan i.
  • Contoh Imbuhan Akhiran ialah:
 
Imbuhan Akhiran  Contoh Perkataan Contoh Ayat
-an pakai + an Pakaian itu dijemur di ampaian.
-i baik + = baiki Abang baiki basikalnya yang rosak.
-kan buang + kan = buangkan Tolong buangkan sampah ini.