Diftong dan Digraf

 
Diftong dan Digraf memberi pengaruh kepada sebutan dan ejaan. 
 
1.1  Diftong

 

  • Diftong bermaksud dua huruf vokal yang disebut dalam satu perkataan.
  • Dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
  • Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. 
  • Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih kuat berbanding bunyi yang kedua.
  • Contoh tiga jenis Diftong:
    Diftong  Contoh
     ai gulai, balai, tapai, tembikai
    au aurat, saudara, harimau, wau
    oi boikot, sekoi, koboi, kaloi

     

 
1.2  Digraf

 

  • Digraf ialah  dua huruf konsonan yang hadir secara berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan.
  • Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap. 
  • Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
Digraf  Contoh
gh ghazal, ghairah, ghaib
ng nganga, bunga, singa
ny nyamuk, nyanyi, nyala
kh khabar, khas, khamis
sy syampu, syabas, syarikat