Konsep Asas Pemikiran Komputasional

 

Penggunaan pelbagai teknik pemikiran komputasional dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan berkesan. Berikut merupakan beberapa teknik pemikiran komputasional: 

  • Teknik Leraian
  • Teknik Pengecaman Corak
  • Teknik Peniskalaan
  • Teknik Pengitlakan
 
1.1  Pembangunan Atur Cara
 
  • Pembangunan aturcara pula terdiri daripada lima fasa iaitu:
 
 
  • Pemikiran komputasional adalah;
    • Satu proses pemikiran 
    • Untuk menyelesaikan masalah 
    • Berbantukan mesin atau komputer

 

  • Konsep teknik pemikiran komputasional adalah 
    • Membahagikan setiap masalah kepada bahagian yang lebih kecil 
    • Mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai, berkesan dan tersusun
 

1.1.1 Konsep pemikiran komputasional dalam fasa pembangunan atur cara bagi membangunkan atur cara aritmetik

 

(i) Fasa analisis masalah

 
 
  • Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah supaya ia dapat  dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
  • Apabila masalah menjadi bahagian-bahagian kecil, ia lebih mudah untuk diselesaikan.
 

(ii) Fasa reka bentuk atur cara

 

Terdapat tiga aktiviti dalam fasa reka bentuk atur cara iaitu:

  • Menulis pseudokod
  • Melukis carta alir
  • Mereka bentuk antara muka pengguna
 

Teknik Pengecaman Corak

  • Selepas masalah dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil,  Teknik Pengecaman Corak digunakan untuk mereka bentuk atur cara dengan membuat pengecaman kepada corak setiap masalah kecil.
  • Pengecaman corak ini dapat membantu dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisien.
 

Teknik Peniskalaan

  • Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak ini diteliti dengan menggunakan teknik peniskalaan untuk meninggalkan aspek-aspek kurang penting.
  • Penekanan diberikan terhadap aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah.
 

Teknik Pengitlakan 

  • Selepas memperolehi maklumat daripada leraian dan peniskalaan, algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah boleh ditentukan.
  • Algoritma komputer biasanya terdiri dalam bentuk pseudokod atau carta alir.
  • Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan pseudokod dan carta alir yang betul merupakan aspek penting yang perlu ditekankan semasa menulis algoritma.
  • Bagi carta alir, penggunaan simbol yang betul untuk sesuatu langkah merupakan aspek yang penting kerana setiap simbol merujuk kepada suatu fungsi yang spesifik.
 

(iii) Fasa pengekodan

 

Aktiviti yang harus dilakukan semasa fasa pengekodan adalah seperti berikut;

  • Memilih bahasa pengaturcaraan yang betul
  • Membina aturcara berdasarkan carta alir atau pseudokod
 
  • Teknik leraian boleh digunakan untuk menulis aturcara dengan membahagikan kod aturcara kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali sebagai sub-aturcara. 
  • Teknik pengecaman corak boleh digunakan dalam fasa ini jika ciri-ciri persamaan atau perbezaan dalam membina atur cara dikenalpasti.
  • Teknik peniskalaan juga boleh diaplikasikan dalam ini dengan mengenalpasti aspek penting bagi setiap kod atur cara.
 

(iv) Fasa pengujian dan penyahpepijatan

 
  • Dalam fasa ini, pengatur cara perlu menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan ralat.
  • Terdapat tiga jenis ralat, iaitu:
 
 

Teknik Leraian

Penggunaan teknik leraian bagi pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

  • Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
  • Menguji kod input
  • Menguji kod proses
  • Menguji kod output
  • Mengesan ralat
  • Membaiki  ralat
 

Teknik Pengecaman Corak 

Tujuan pengujian dilaksanakan adalah untuk memastikan kod aturcara yang dibina berfungsi dengan betul dan kod aturcara bebas dari sebarang jenis ralat.

Teknik pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan semasa melaksanakan pengujian.

 
Jenis ralat Punca ralat
Ralat sintaks
  • Mengeja kata kunci dengan salah
  • Tertinggal tatatanda atau symbol
  • Kesalahan sintaks bahasa pengaturcaraan
  • Kesalahan meletakkan inden
Ralat masa larian
  • Penggunaan jenis data yang salah pada pemboleh ubah
  • Menggunakan pemboleh ubah atau pemalar yang tidak wujud
  • Melakukan pembahagian dengan angka 0
  • Penggunaan operator matematik dan logik yang salah
Ralat logik
  • Membuat pengiraan yang tidak betul
  • Menggunakan ungkapan boolen yang salah
  • Penggunaan operator atau fungsi yang salah
 

Teknik Peniskalaan

Aspek-aspek penting terhadap mesej ralat yang dipaparkan akan difokuskan dengan menggunakan teknik peniskalaan. 

 

Teknik Pengitlakan

Proses pembinaan model bagi fasa pengujian dan penyahpijatan akan dijalankan melalui teknik pengitlakan.

 

(v) Fasa dokumentasi

 

Terdapat dua jenis dokumentasi iaitu:

 
 

Teknik Leraian

Teknik ini digunakan untuk menyediakan dokumentasi.

 

Teknik Pengecaman Corak

Teknik ini boleh digunakan untuk menyediakan dokumentasi luaran dan dalaman.

 

Teknik Peniskalaan

Pembahagian kod aturcara dan penulisan inden dalam kod aturcara amat sesuai digunakan melalui teknik ini. 

 

1.1.2 Pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional 

 
  • Melaporkan sesuatu perkara secara terurus dan terancang berdasarkan format tertentu.
  • Memberikan maklumat yang berguna tentang penggunaan teknik pemikiran komputasional.
  • Mengurus maklumat secara sistematik dan menunjukkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah atur cara dengan jelas.
  • Format pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
 

Teknik Leraian

 
 

Teknik Pengecaman Corak

 
 

Teknik Peniskalaan

 
 

Teknik Pengitlakan