Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Pembangunan Algoritma
Pembangunan Algoritma
3.1
Pembangunan Algoritma
Pembangunan Algoritma
Satu siri tindakan mengikut urutan tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Perkara-perkara Penting Semasa Menulis Algoritma
Langkah-langkah dalam algoritma biasanya ditulis dalam bahasa yang difahami oleh manusia.
Setiap langkah yang perlu dilaksanakan mesti dihuraikan dengan jelas.
Urutan langkah hendaklah dinyatakan dengan betul.
Algoritma mesti mempunyai kesudahan tertentu dalam suatu tempoh masa.
Perwakilan Algoritma
Carta Alir
Carta alir menggunakan simbol grafik seperti garis lurus, anak panah dan bentuk geometri untuk mewakili urutan langkah bagi algoritma yang perlu dilaksanakan.
Pseudokod
Pseudokod memerihalkan langkah-langkah algoritma dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.
Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris biasanya digunakan.
Inden digunakan secara meluas bagi memudahkan pembacaan suatu pseudokod.
Pseudokod dan Carta Alir yang Melibatkan Struktur Kawalan Pilihan
Struktur kawalan pilihan terdiri daripada tiga jenis iaitu:
Struktur kawalan pilihan tunggal (
single selection
).
Dwipilihan (
double selection
).
Pelbagai pilihan (
multi selection
).
(1) Struktur Kawalan Pilihan Tunggal (
single selection
)
Hanya mempunyai satu pilihan untuk melaksanakan satu set tindakan yang tertentu.
Jika satu syarat yang diuji didapati BENAR maka satu set tindakan akan dilaksanakan.
Pseudokod
Carta Alir
(2) Struktur Kawalan Dwipilihan (
double selection
)
Memilih di antara dua tindakan atau dua set tindakan untuk dilaksanakan bergantung kepada sama ada satu syarat dipenuhi atau tidak.
Pseudokod
Carta Alir
(3) Struktur Kawalan Pelbagai Pilihan (
multi selection
)
Mengandungi lebih daripada dua set tindakan yang berlainan sebagai pilihan untuk dilaksanakan.
Set tindakan yang dilaksanakan bergantung kepada pilihan syarat yang didapati benar.
Pseudokod
Carta alir
Pseudokod dan Carta Alir yang Melibatkan Struktur Kawalan Ulangan
Langkah-langkah algoritma yang dilaksanakan perlu dilakukan secara berulang kali.
Bahagian algoritma yang mengandungi langkah-langkah yang berulang dikenali sebagai gelung (
loop
).
Setiap gelung ulangan dipanggil lelaran (
iteration
).
Tiga jenis struktur kawalan ulangan:
UNTUK (
FOR
)
SELAGI (
WHILE
)
ULANG– SEHINGGA (
REPEAT–UNTIL
)
(1) Struktur Kawalan UNTUK (
FOR
)
Struktur kawalan ulangan UNTUK akan melaksanakan satu langkah atau satu set langkah berdasarkan pembilangan yang telah ditetapkan.
Pseudokod
Carta Alir
(2) Struktur Kawalan SELAGI (
WHILE
)
Struktur kawalan ulangan SELAGI akan melaksanakan satu langkah atau satu set langkah selagi satu syarat yang diuji adalah benar.
Pseudokod
Carta alir
(3) Struktur Kawalan ULANG–SEHINGGA (
REPEAT–UNTIL
)
Struktur kawalan ULANG–SEHINGGA melaksanakan satu langkah atau satu set langkah secara berulang-ulang sehingga syarat yang diuji adalah benar.
Pseudokod
Carta Alir
Pengesanan Ralat yang Terdapat dalam Pseudokod dan Carta Alir
Ralat:
Kesilapan atau kesalahan yang menyebabkan sesuatu algoritma atau atur cara tidak berfungsi seperti yang diharapkan atau mengeluarkan output yang salah.
Jenis ralat yang biasa dijumpai adalah ralat logik iaitu ralat yang menyebabkan sesuatu algoritma tidak menghasilkan output yang diingini.
Ralat logik boleh terjadi apabila tindakan atau langkah yang salah diminta untuk dilaksanakan atau urutan pelaksanaan tindakan tidak betul.
Dua jenis teknik semakan ralat semula (semakan kualiti):
Teknik semakan meja (
desk check
).
Teknik langkah demi langkah (
step through
).
Teknik Semakan Meja (
desk check
)
Semakan meja: Satu teknik manual untuk menyemak logik setiap langkah serta logik aliran langkah-langkah algoritma
Dilakukan tanpa menggunakan mesin.
Hanya pen dan kertas digunakan untuk mencatatkan keputusan yang diperoleh.
Menggunakan satu sampel data input dan memproses data itu secara manual mengikut langkah-langkah algoritma.
Output yang diperoleh dibandingkan dengan output yang dijangka.
Teknik Langkah Demi Langkah (
step through
)
Teknik ini memeriksa logik algoritma secara langkah demi langkah mengikut urutan dalam algoritma.
Sampel data tidak digunakan untuk teknik.

Chapter : Algoritma
Topic : Pembangunan Algoritma
Form 1
Asas Sains Komputer
View all notes for Asas Sains Komputer Form 1
Related notes
Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Sistem Nombor Perduaan
Ukuran Data
Kod Arahan
Kod Arahan HTML
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account