Ukuran Data

2.2 Ukuran Data
 
Imej Digital
Gambar yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
 
Audio Digital
Isyarat bunyi yang telah ditukar kepada nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
 
Unit Ukuran bagi Imej Digital dan Audio Digital
Unit Ukuran bagi Imej Digital
  • Resolusi
    • Bilangan piksel yang terdapat pada imej tersebut yang menerangkan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej.
    • Piksel merupakan elemen yang terkecil untuk paparan imej pada skrin atau dalam bentuk cetakan.
    • Resolusi diukur berdasarkan bilangan piksel dalam unit dpi (dots per inch).
  • Dimensi
    • Merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel.
    • Dinyatakan dalam bentuk bilangan piksel panjang darab bilangan piksel lebar.
  • Kedalaman bit warna
    • Bilangan bit \(0\) dan \(1\) yang digunakan untuk menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital.
    • Lebih banyak bit yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.
Unit Ukuran bagi Audio Digital
  • Kadar sampel
    • Bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog.
    • Unit bagi kadar sampel ialah hertz (Hz).
    • Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang dihasilkan.
  • Kedalaman bit
    • Bilangan bit yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel audio (bit per sample).
 
Imej ini menunjukkan rajah yang menerangkan jenis-jenis fail imej. Di tengah-tengah rajah terdapat bulatan besar berwarna biru gelap dengan teks ‘Jenis Fail’. Terdapat empat bulatan yang lebih kecil di sekeliling bulatan besar tersebut, masing-masing dihubungkan dengan garis putus-putus. Bulatan-bulatan kecil ini mengandungi teks berikut: 1. ‘Joint Photographic Experts Group (JPEG)’ 2.’Bitmap (BMP)’ 3. ‘Graphics Interchange Format (GIF)’ 4. ‘Tagged Image File Format (TIFF)’ Di bahagian bawah bulatan besar, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail
Jenis Fail Kegunaan
Joint Photographic Experts Group (JPEG)
  • Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz fail.
  • Saiz fail yang lebih kecil membolehkan muat turun dari Internet dengan cepat.
  • Pemampatan mengurangkan kualiti imej.
Graphics Interchange Format (GIF)
  • Digunakan untuk lukisan dan kartun yang mudah.
  • GIF juga merupakan satu format mampatan.
  • GIF menyokong animasi dengan membenarkan beberapa imej disimpan dalam satu fail.
Bitmap (BMP)
  • Data imej tidak boleh dimampatkan.
  • Saiz fail adalah besar.
  • Imej dalam format ini adalah berkualiti tinggi.
Tagged Image File Format (TIFF)
  • Fail imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan kualiti.
 
Perkaitan antara Kualiti, Saiz, Kedalaman Warna (colour depth) dan Resolusi Imej
  • Kualiti dan saiz imej dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kedalaman warna, resolusi dan dimensi imej.
  • Lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna maka lebih tinggi keperincian sesuatu imej.
  • Lebih tinggi resolusi dan dimensi maka lebih banyak piksel digunakan untuk membentuk imej dan memerlukan lebih banyak bit dan bait untuk menyimpan maklumat menyebabkan saiz imej menjadi besar.
  • Lebih tinggi kedalaman bit warna sesuatu imej juga, semakin tinggi piksel per bit (ppb) imej tersebut menyebabkan lebih banyak bit dan bait untuk menyimpan maklumat piksel-piksel imej maka saiz imej akan menjadi besar.
 
Perhubungan antara Saiz Audio dengan Kadar Kedalaman Bit (bit depth)
  • Kadar kedalaman bit bagi sesuatu audio digital bermaksud jumlah bilangan bit (\(0\) dan \(1\)) yang digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik (play back time) audio itu.
  • Kadar kedalaman bit menunjukkan jumlah bilangan bit yang diproseskan bagi setiap saat audio itu dimain balik.
  • Kadar kedalaman bit biasanya diukur dalam bit per saat (bps).
  • Kadar bit: Kadar bit \(=\) Kadar sampel \(\times\) Kedalaman bit  \(\times\) Saluran
  • Saluran audio terdiri daripada dua jenis:
    1. Audio mono - audio dikeluarkan melalui satu saluran audio sahaja.
    2. Audio stereo - audio dikeluarkan melalui dua saluran audio.
 
Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang Sama dalam Pelbagai Format Fail
  • Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio.
  • Teknik yang digunakan untuk pemampatan akan mempengaruhi kualiti audio dan saiz fail audio.
 
Format-Format Fail Audio

WAVE (Waveform Audio File Format)

  • Data audio adalah dalam bentuk tidak mampat (uncompressed).
  • Digunakan untuk menyimpan audio digital yang dirakam dengan kualiti yang tinggi, iaitu pada kadar sampel yang tinggi dan kedalaman bit yang tinggi.
  • Saiz fail adalah besar.
  • Berkualiti tinggi.

MP3 (MPEG Layer III)

  • Memampatkan data audio dengan membuangkan data yang dianggap tidak boleh didengar atau tidak kritikal untuk pendengaran.
  • Bersaiz lebih kecil.
  • Kualiti audio yang lebih rendah.

MIDI (Musical Instrument Digital Interface)

  • MIDI ialah format merekod dan mengawal nota bagi setiap peralatan muzik.
  • Format MIDI tidak menyimpan bunyi dalam bentuk pola-pola bit \(0\) dan \(1\).
  • Menyimpan satu set arahan dan data yang berkaitan seperti not muzik, lagu muzik, bunyi peralatan muzik dan sebagainya yang mengarah kad bunyi dan perisian menghasilkan muzik pada komputer.
  • Fail sangat kecil kerana tidak memerlukan bit dan bait yang banyak untuk menyimpannya.
  • Kualiti audio adalah tinggi.
 
Penukaran Saiz Data dari Bit ke Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait bagi Fail Audio dan Imej
  • Bit: Unit data terkecil bagi komputer.
  • Unit ukuran data komputer : \(1\) bait \(=\) \(8\) bit.
  • Unit storan data : bit, bait, kilobait (KB), megabait (MB), gigabait (GB) dan terabait (TB).
  • \(1\) kilobait \(=\) \(1024 \) bait.
 
Saiz Fail Audio Digital
  • Faktor saiz sesuatu audio digital bergantung kepada pelbagai seperti kadar sampel, kedalaman bit, bilangan saluran (mono atau stereo) dan durasi.
  • Saiz fail audio: Saiz fail audio \(=\) Kadar sampel \(\times\) Kedalaman bit \(\times\) Bilangan saluran \(\times\) Durasi audio.