Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat

 

1.2 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
 

Sistem Pentadbiran

  • Sistem pentadbiran yang tersusun dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
  • Sultan Melaka memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat.
  • Setiap kawasan dikenali sebagai kawasan pegangan.
 
Ini adalah satu gambar rajah peta minda dalam Bahasa Melayu yang menerangkan tentang jawatan dan tugas-tugas dalam kerajaan tradisional Melayu. Gambar rajah ini berbentuk lingkaran dengan frasa
 

 

 
Undang-undang
 
  • KMM mempunyai dua undang undang:
    •  Hukum Kanun Melaka
    •  Undang- undang Laut Melaka
  • Hukum Kanun Melaka
    • Mengandungi 44 fasal.
    • Membincangkan tentang 
      • Jenayah
      • Bidang kuasa sultan dan pembesar
      • Kekeluargaan
      • Hal berkaitan dengan ekonomi
  • Undang-undang Laut Melaka
    • Diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka iaitu
      • Nakhoda Jenal
      • Nakhoda Diri
      • Nakhoda Sahak
    • Diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah
    • Mengandungi perkara:
      • peranan nakhoda
      • pelayaran
      • jenayah di atas kapal
      • percukaian
 

 

 
Hukum Kanun Melaka
 
 
  • Jenayah
    • Antara hukuman setimpal dikenakan terhadap jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri.
    • Fasal 5.1: hukuman bunuh terhadap kepada seseorang yang didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar.
    • Fasal 4: hukuman bunuh terhadap sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.
  • Bidang kuasa sultan dan pembesar
    • Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
    • Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar.
  • Kekeluargaan
    • Isu kekeluargaan diberi perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.
    • Diwujudkan untuk keharmonian dalam keluarga dan selesaikan masalah dalam kelaurga dan perkahwinan
    • Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, dua orang sahaja jika tidak cukup.
    • Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi tersebut.
  • Hal berkaitan dengan ekonomi
    • Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan.
    • Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.
  • Dalam Hukum Kanun Melaka, hanya raja yang boleh gunakan perkataan:
    • titah
    • murka
    • kurnia
    • anugerah
 
Undang-undang Laut Melaka
 
  • Peranan nakhoda
    • Nakhoda berperanan penuh dan diibarat sebagai raja dalam pelayaran.
    • Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah.
    • Fasal 13.1: Nakhoda diberikan keutamaan berniaga selama empat hari.
    • Fasal 13.3: Nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang dalam kapal jika tempat persinggahan tidak terdapat dalam senarai.
  • Pelayaran
    • Peranan jurumudi, malim dan jurubatu juga penting.
    • Fasal 9:
      • Malim harus arif dalam ilmu pelayaran.
      • Mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang.
      • Jika malim lalai dan menyebabkan pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhkan hukuman bunuh.
  • Jenayah di atas kapal
    • Fasal 5: Seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati.
  • Percukaian
    • Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang.