10-05: Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan

 
10.5 Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan
Komuniti ASEAN
  • Merupakan satu langkah menyeluruh, strategik dan bersifat memandang ke hadapan serta mencerminkan aspirasi ASEAN
  • Memberikan fokus pada ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan
  • Melalui komuniti keamanan, menjadi harapan agar keselamatan rantau ASEAN kekal terjamin 
  • Hasrat sosiobudaya, agar integrasi antara negara anggota ASEAN dapat ditingkatkan 
 
Keselamatan Makanan
  • Mendapatkan maklumat tentang dasar sekuriti makanan bagi negara anggota ASEAN 
  • Membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN
  • Bekerjasama dengan anggota ASEAN  untuk menubuhkan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN
 
Alam Sekitar
  • Malaysia dengan negara ASEAN mengambil langkah aktif untuk mengatasi isu alam sekitar
  • Dilaksanakn melalui Perjanjian ASEAN berkaitan dengan Pencemaran Jelebu Merentas Sempadan
  • Negara anggota disarankan untuk mengambil langkah dari aspek undang-undang
  • Malaysia dan Singapura bekerjasama melaksnakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pencegahan kebakaran di tanah gambut untuk menangani isu jerebu
 
Zon Bebas Nuklear
  • Malaysia menandatangani SEANWFZ/ Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995
  • Ini menekankan agar negara yang terlibat tidak mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear
  • Malaysia bertindak untuk tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara
 
Kerelevanan Organisasi Antarabangsa
  • Pertubuhan dunia seperti PBB dan OIC tidak mampu berfungsi dengan baik dalam mencapai matlamatnya melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun
  • Sidang Kemuncak KL 2019  - melibatkan 56 negara Islam dengan 450 perwakilan
  • Matlamat - untuk merapatkan jurang dan kedudukan masyarakat Islam bagi menangani pelbagai isu
 
Hak Asasi Manusia, Pelarian dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
  • Membendung kemasukan PATI melalui pengukuhan mekanisme pengurusan warga asing bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan negara
  • Malaysia dilantik sebagai ahli suruhanjaya UNHCR dari 1993-1995
  • SUHAKAM ditubuhkan pada 1999