10-04: Komitmen Malaysia dalam Mengekalkan Kelestarian Global

 
10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
  • Anugerah Langkawi diberikan menunjukkan komitmen dan sumbangan besar dalam bidang alam sekitar
  • Malaysia melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara 2002 - jadi asas pembangunan negara
  • 2006, negeri Kedah mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark bagi memastikan kelestariannya terjamin
  • Melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara (2009)
  • Untuk menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau bagi mengawal perubahan iklim
 
Menyertai Sidang Kemuncak Bumi
  • Sidang Kemuncak Bumi mengeluarkan deklarasi Agenda 21
  • Agenda 21 merupakan dokumen umum bagi pengurusan aktiviti manusia dalam negara
  • Malaysia terlibat dalam Protokol Kyoto 1997 dan persidangan alam sekitar di Bali pada 2007
  • Hasrat Malaysia untuk menerapkan dan mengguna pakai segala saranan agenda dalam program pembangunan
 
Antartika sebagai Warisan Sejagat
  • Pandangan Malaysia diutarakan melalui NAM
  • Dalam Sidang Kemuncak NAM, Malaysia mendesak PBB mengambil langkah pertama menjadikan Antartika sebagai warisan manusia sejagat
  • Malaysia cadang PBB mentadbir Antartika agar segala bentuk hasil di benua tersebut dikongsi oleh semua negara
  • Mengambil inisiatif membentuk pasukan penyelidikan dalam pelbagai bidang ke Antartika
  • Melakukan penyelidikan di Antartika sejak 1999
  • Mewujudkan Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan
  • YPASM terlibat dalam penyelidikan saintifik