10-02: Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa

 
10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
Meluaskan Pasaran Ekonomi
  • Malaysia bersetuju untuk mempermudah dan meningkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN
  • Ini membawa AFTA 1992
  • AFTA bertujuan menjadikan  ASEAN tempat produktif yang kompetitif bagi hasil keluaran ASEAN
  • Malaysia terlibat sepenuh dalam AFTA
 
Dominasi Ekonomi Negara Maju
  • Malaysia berhadapan dengan sekatan dan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan cukai
  • Ini jejaskan perdagangan negara
  • Bersuara agar layanan yang saksama diberi untuk semua negara
  • Dibangkitkan dalam PBB dan Asia - Pacific Economic Cooperation - APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)
 
Kerjasama Pembangunan Segi Tiga
  • Mengurangkan dari bergantung  pada pasaran kewangan antarabangsa
  • Mewujudkan pelbagai badan dan  tindakan yang berkaitan seperti Koperasi ASEAN dan Bank ASEAN
 
Menangani Kemelesetan Ekonomi
  • Malaysia didesak mencontohi negara lain
  • Malaysia guna pendekatan sendiri dalam usaha memulihkan keadaan
  • Menambat kadar pertukaran ringgit kepada dolar dengan kadar RM3.80 bagi USDI
  • Dapat memulihkan ekonomi negara
 
Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam
  • Membangunkan sistem kewangan Islam yang progresif dan komprehensif hingga menyumbang pada keberkesanan sektor kewangan negara
  • Menubuhkan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) bertujuan menyokong perkembangan kewangan Islam