09-08: Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

9.8 Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
 
Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
  • Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara.
  • Pertubuhan ini ditubuhkan pada 25 September 1969 bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi.
  • Tindakan puak Zionis menyerang Masjid Al-Aqsa mendorong para pemimpin Islam menubuhkan OIC untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam.
 
Negara anggota OIC
  • OIC terdiri daripada 57 buah negara Islam di seluruh dunia.
  • Kebanyakannya dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika.
  • Terdapat juga ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan juga Amerika.
Imej ini menunjukkan infografik tentang ‘Pelibatan Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).’ Terdapat lima kotak merah dengan teks putih yang menerangkan peranan Malaysia dalam OIC. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: 1. Setiausaha Agung Pertama 2. Pengerusi OIC 3. Menangani Isu Politik Negara Islam 4. Pembangunan Pendidikan 5. Pembangunan Ekonomi Di bawah infografik terdapat logo ‘Pandai’.
Setiausaha Agung Pertama
  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama dan memegang jawatan tersebut antara tahun 1970 hingga 1974.
  • Tugas utama Tunku Abdul Rahman adalah untuk mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan yang sewajarnya.
 
Pengerusi OIC
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima dilantik menjadi pengerusi pertubuhan ini pada tahun 2003.
  • Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melanda umat Islam kerana sering dikaitkan dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
  • Malaysia mengentengahkan kesederhanaan dan menolak keganasan.
 
Pembangunan Pendidikan
  • Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • pelajar dari negara OIC diberikan biasiswa untuk belajar di Universiti ini.
 
Menangani Isu Politik Negara Islam
  • Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iraq-Iran melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
  • Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Palestine LIberation Organization (PLO).
  • Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul. Rejim Kabul ini dibantu oleh Kesatuan Rusia sejak tahun 1979. Malaysia membenarkan Mujahidin  Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
 
Pembangunan Ekonomi
  • Malaysia menyertai Islamic Development Bank (IsDB) pada tahun 1974 dan memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank ini untuk membiayai projek pembangunan negara.
  • Penubuhan IsDB turut membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam di serata dunia seperti Dubai Islamic Bank (1975), Islamic Bank of Bahrain (1979) dan Bank Islam Malaysia Berhad (1983).