09-04: Malaysia dalam Komanwel

 
9.4 Malaysia dalam Komanwel
Penyertaan dan Sumbangan
Rancangan  Colombo
  • bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel
  • mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan pendidikan, pertanian, teknikal dan kesihatan
  • terlibat dalam program latihan untuk kakitangan awam dan pembangunan sektor swasta
  • memberikan bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota yang belum membangun melalui Rancangan Colombo ini 
Kerjasama Pertahanan
  • Malaysia terlibat dalam kerjasama pertahanan melalui perjanjian yang ditandatangani pada 12.10.1957 antara Britain dan Tanah Melayu
  • Perjanjian ini membolehkan Britain serta negara Komanwel memberikan komitmen terhadap pertahanan negara
  • Kerajaan menyediakan kemudahan kepada tentera British dan pasukan Simpanan Strategik Komanwel sama ada untuk obligasi Komanwel mahupun keperluan antarabangsa
Kerjasama Ekonomi
  • Komoditi utama negara dieksport ke negara anggota Komanwel dengan lebih mudah
  • Kadar cukai yang dikenakan lebih renda
  • Pelbagai kemudahan disediakan seperti kemudahan kredit dan bantuan dana Komanwel
  • Pelaburan daripada negara Komanwel
Penentangan Dasar Aparteid
  • Malaysia menentang dasar ini
  • sebab dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak seseorang berdasarkan warna kulit
  • hasilnya, Afrika Selatan menarik diri dari Komanwel
Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM)
  • diadakan dua tahun sekali
  • bagi membincangkan isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara anggota
  • 1989 - Malaysia menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel
  • merupakan sukan kedua tebesar di dunia
  • diadakan empat tahun sekali
  • mampu mengeratkan hubungan antara negara anggota
  • pencapaian atlet kita, mengharumkan nama negara
  • 1998 - Malaysia menjadi tuan rumah