09-01: Latar Belakang Dasar Luar

 
9.1 Latar Belakang Dasar Luar
 
Hubungan Luar Sebelum Melaka
  • P'an-p'an, Langakasuka dan Chih-t'u mengadakan hubungan dengan Cina
  • Sebagai bukti, P'an-P'an (424 Masihi) dan Chih-t'u (608 Masihi) hantar utusan ke Cina
 
Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka
  • Hubungan ini terjalin dalam dua bentuk, hubungan diplomatik dan perdagangan
  • Hubungan diplomatik - melalui penghantaran utusan
  • Hubungan perdagangan - dijalankan dengan beberapa buah kerajaan dan wilayah yang mendatangkan keuntungan kepada Melaka

Hubungan diplomatik

  1. China
  2. Ryukyu
  3. Siam
   

Hubungan perdagangan 

  1. China
  2. Pegu
  3. Luzon
Kepentingan Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka
  • Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan
  • Menjamin kemakmuran Melaka melalui hubungan perdagangan dengan negara lain
  • Mengekalkan penguasaan terhadap aktiviti perdagangan di Selat Melaka
  • Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka
  • Membantu Melaka mucul sebagai pusat penyebaran Islam
 
Zaman Kemerdekaan
  • Pada zaman British, hal ehwal negeri Melayu, NNS, Sarawak dan Sabah dikawal oleh Pejabat Tanah Jajahan di London
 
Selepas kemerdekaan
  • Kemerdekaan membolehkan kita menggubal sendiri dasar luar untuk kepentingan negara
  • Perkembangan dasar luar - semasa tempoh pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar berbentuk probarat dan antikomunis
  • Perkembangan dasar luar - semasa Tun Abdul Razak, apabila Malaysia bersikap tidak memihak dan menjalinkan hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi