Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat |
Luar Bandar
- Tumpuan diberi kepada petani, pekebun getah, nelayan dan buruh
- Kegiatan Gerakan Koperasi diamalkan
- Program yang dilaksanakan - penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang
Bandar
- kerajaan memajukan perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan yang banyak
- untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum
- menyediakan kemudahan asas seperti air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa, pendidikan, buku teks percuma dan program rumah murah
|
Rancangan Buku Hijau |
- dilancarkan oleh Tun Abdul Razak - 20.12.1974
- bermatlamat untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan
- memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya
- mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain
|
Peranan Agensi Kerajaan |
- ditubuhkan untuk mempelbagaikan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat
- untuk membuka peluang pekerjaan
Antara agensinya ialah :
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
- Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
|
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pembangunan Tanah |
- Penduduk luara bandar yang miskin dipindah ke FELDA
- diberi tanah seluas 10 ekar
- terdapat kemudahan seperti klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA
- FELDA menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri
- Di Sabah, FELDA dengan Yayasan Sabah bekerjasama - membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat dan Felda Umas
- FELDA kerjasama dengan Sarawak untuk pembukaan ladang kelapa sawit
|
Pembangunan Wilayah |
Program pembangunan wilayah :
- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
|
Pemilikan Modal Saham |
- untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat
- untuk wujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penubuhan PNB pada 17.3.1978
- ASN dan ASB dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad
|
Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) |
- Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa
IKF yang berjaya :
- Best Farm Co.
- Nurul Food Industry Enterprise
- Ramly Food Processing SDN BHD
- Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad dan Bank Pertanian Malaysia
|
Pendidikan Tenaga Kerja Mahir |
- Asas kepada latihan kemahiran ini diberikan sejak di bangku sekolah melalui Kemahiran Hidup
- Pendidikan menengah dibahagikan ke akademik dan vokasional
- sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik dan UTM ditubuhkan
- ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir
|