08-02: Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

 
8.2  Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

Luar Bandar

   
  • Tumpuan diberi kepada petani, pekebun getah, nelayan dan buruh
  • Kegiatan Gerakan Koperasi diamalkan
  • Program yang dilaksanakan - penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang
   

Bandar

   
  • kerajaan memajukan perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan yang banyak
  • untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum
  • menyediakan kemudahan asas seperti air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa, pendidikan, buku teks percuma dan program rumah murah
Rancangan Buku Hijau
  • dilancarkan oleh Tun Abdul Razak - 20.12.1974
  • bermatlamat untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan 
  • memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya
  • mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain
Peranan Agensi Kerajaan 
  • ditubuhkan untuk mempelbagaikan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat
  • untuk membuka peluang pekerjaan

Antara agensinya ialah : 

   
  1. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  2. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  3. Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
  4. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) dan Pembangunan Tanah 
  • Penduduk luara bandar yang miskin dipindah ke FELDA
  • diberi tanah seluas 10 ekar
  • terdapat kemudahan seperti klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA
  • FELDA menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri
  • Di Sabah, FELDA dengan Yayasan Sabah bekerjasama - membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat dan Felda Umas
  • FELDA kerjasama dengan Sarawak untuk pembukaan ladang kelapa sawit
Pembangunan Wilayah

Program pembangunan wilayah : 

   
  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Pemilikan Modal Saham
  • untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat 
  • untuk wujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penubuhan PNB pada 17.3.1978
  • ASN dan ASB dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad
Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa
   

IKF yang berjaya :

  1. Best Farm Co.
  2. Nurul Food Industry Enterprise
  3. Ramly Food Processing SDN BHD
   
  • Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad dan Bank Pertanian Malaysia
Pendidikan Tenaga Kerja Mahir
  • Asas kepada latihan kemahiran ini diberikan sejak di bangku sekolah melalui Kemahiran Hidup
  • Pendidikan menengah dibahagikan ke akademik dan vokasional
  • sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik dan UTM ditubuhkan
  • ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir