07-06: Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara

 
7.6  Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara
 
Rukun Negara
Sejarah Pembentukan
  • Dibentuk ekoran peristiwa 13.5.1969
  • Telah diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31.8.1970
 
LOGO RUKUN NEGARA
  • Lima jalur - Lima prinsip Rukun Negara
  • Bulan dan bintang - prinsip kepercayaan kepada Tuhan
  • Tengkolok berkerawang bintang dan bulan - simbol prinsip kesetiaan kepada raja dan negara & prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
  • Angka 50 - sambutan ulang tahun Rukun Negara
  • Warna biru - amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan
Matlamat ke Arah Kesejahteraan
  • Negara Bersatu
  • Masyarakat Demokratik
  • Masyarakat Adil
  • Masyarakat Liberal
  • Masyarakat Progresif
Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

  • menunjukkan agama menjadi panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan landasan dalam membina keharmonian kaum

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • menjelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan

Keluhuran Perlembagaan

  • membawa maksud ketertinggian dan juga keagungan perlembagaan atau undang-undang

Kedaulatan Undang-Undang

  • menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

  • memastikan bahawa setiap rakyat perlu sentiasa bersopan santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia