07-04: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

 
7.4  Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 
 
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sejarah Pembentukan
  • digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 1971
  • dianggap sebagai Kongres Rakyat 1956
  • dirasmikan oleh Tun Abdul Razak di UM, KL
  • dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Prinsip Utama
  • Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang DKK
  • Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting
  • Islam  jadi unsur penting dalam pembentukan DKK
Matlamat Pembentukan
  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
  • Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbanh dengan pembangunan sosioekonomi
Agensi Pelaksana
  • melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan
  • dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Majlis Kebudayaan Negeri, Istana Budaya serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Citawarna Malaysia
  • dianjurkan pada 1999 - promosi pelancongan
  • Program - memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia
  • diadakan pada Mei setiap tahun
Penggiat Budaya
  • melahirkan ramai tokoh
  • Tokoh ini berikan sumbangan yang besar kepada proses membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa
  • menggalakkan penghasilan karya seni tempatan yang bermutu tinggi dan memartabatkan khazanah asli negara