07-03: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan

   
7.3  Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan
 
Akta Bahasa Perpaduan
  • Bahasa Melayu - bahasa rasmi
  • Akta Bahasa Kebangsaan(Akta 32) diperkenalkan pada 1967
  • Akta ini mula dikuatkuasakan dari 1.7.1971
 
Bahasa Rasmi Pentadbiran
  • Bahasa Melayu menjadi antara unsur penggerak jentera pentadbiran negara
  • Merupakan alat komunikasi rasmi 
  • Digunakan sepenuhnya dalam urusan mahkamah pada 1990
 
Memperkasakan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
  • Sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • Dapat memupuk semangat kekitaan dan bersatu dalam kalangan murid
  • Bermatlamat untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan
 
UKM sebagai Pusat Keilmuan BM
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
  • Ditubuhkan pada 18.5.1970
  • UKM menjadi pusat penyelidikan dan rujukan dalam bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan tamadun Melayu
  • 1.12.1972 – Penubuhan Institusi Bahasa, Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM)
  • Pada 1992 IBKKM ditukar nama ke Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  • ATMA menjadi tumpuan para penyelidik, sasterawan, keryawan dan budayawan daripada pelbagai kaum dari dalam dan luar negara
 
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuh pada 22.6.1956
  • Nama asal DBP ialah Balai Pustaka.
  • Bertujuan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu
  • Pengarah - Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
  • Mengembangkan bahasa dan sastera Melayu melalui penerbitan buku dan majalah, risalah, menganjurkan seminar dan bengkel serta pelbagai aktiviti semasa Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan
  • Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" dilancarkan pada 1960