07-02: Dasar Pendidikan Kebangsaan

 
7.2  Dasar Pendidikan Kebangsaan
Latar Belakang Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum
  • dilaksanakan melalui Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956/ Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
  • dasar pendidikan sebelum ini disemak semula pada 1960 yang hasilkan Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
   
Laporan Rahman Talib

 

  • Pengerusi - Abdul Rahman Talib (1960)
  • Untuk menyemak semula dan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
  • Menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961
  • Mengekalkan teras sistem pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi
  • Bahasa Melayu - bahasa pengantar
  • Kurikulum yang sama dan berorientasikan negara
  • Menekankan mata pelajaran Sejarah
  • Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
 
Kajian Aminuddin Baki

 

  • Laporan Rahman Talib ditambahbaik dengan Kajian Aminuddin Baki
  • Memperkenalakn sistem persekolahan aneka jurusan
  • Memperkenalkan kursus kemahiran
  • Mewujudkan sekolah kebangsaan 
 
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet

 

  • Ditubuh pada September 1974
  • Fungsi - untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem peljaran kebangsaan

Antara kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet:

  • Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib dalam peperiksaan awam
  • Penegasan  kepada pendidikan kerohanian melalui Pendidikan Islam dan Moral
  • Menekankan aktiviti kokurikulum melalui unit beruniform, sukan dan permainan serta persatuan
  • Hasilnya - menghasilkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982
  • KBSN dan Falsafah Pendidikan Negara digubal pada 1988
   
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

  • FPN digubal pada 1988
  • untuk memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara ke arah perpaduan
  • ditukar ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1996
  • menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu
 
Akta Pendidikan 1996

 

  • bahasa kebangsaan dikukuh dengan menjadi bahasa pengantar
  • menjadi pelajaran wajib di semua sekolah
  • Institusi pendidikan swasta kena mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam dan Moral