07-01: Perpaduan dan Integrasi Nasional

 
7.1 Perpaduan dan Integrasi Nasional
 
Maksud Perpaduan dan Integrasi Nasional
Perpaduan Kaum
  • keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu
  • memberikan komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
Integrasi Nasional
  • merupakan satu proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa
  • mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
 
Latar Belakang Hubungan Kaum
Pentadbiran
  • Pentadbiran British memisahkan kaum dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan
  • menyukarkan setiap kaum memahami adat resam dan budaya kaum lain

Antara faktor yang menjadi punca kepada masalah perpaduan :

  1. Kesan pentadbiran
  2. Kegiatan Ekonomi dan Petempatan
  3. Sistem Pendidikan
  4. Fahaman Politik
 
Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Politik

Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN

  • Jabatan ini mendraf Rukun Negara
   

Majlis Muhibah Negara (18.7.1969)

  • Majlis ini bertujuan menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat berbilang kaum 
   

Majlis Perundingan Negara (29.1.1970)

  • mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional 
  • bertujuan memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat
   

Membentuk parti politik pelbagai kaum

  • mewujudkan keharmonian dan kestabilan politik selepas peristiwa 13 Mei 1969
   

Menyelaraskan perkhidmatan awam

  • mewujudkan integrasi antara negeri
Ekonomi

Meneruskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun

  • memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi semua kaum
   

DEB dan DPN

  • untuk kemakmuran ekonomi rakyat dan negara
  • pembangunan melalui rancangan pembangunan tanah yang mampu menambah pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan
   

Zon Perindustrian Bebas

  • memajukan bidang perindustrian dan perdagangan
Sosial

Menambah baik  Dasar Pendidikan Kebangsaan

  • bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional
   

Laporan Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa Kabinet & Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • mengukuhkan sistem pendidikan
  • melahirkan rakyat yang patriotik dan mempunyai semangat cinta akan negara
   

Akta Bahasa Kebangsaan

  • memperkasakan bahasa Melayu sebagai kebangsaan
   

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • sebagai pusat ilmu dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menyebar luas penggunaan bahasa kebangsaan