06-05: Tragedi Hubungan antara Kaum

 
6.5  Tragedi Hubungan antara Kaum
 
  • Peristiiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, selepas Pilihan Raya Umum Ketiga
  • Keputusan pilihan raya menyebabkan berlaku ketegangan antara penyokong parti politik
  • Ini mencetuskan rusuhan antara kaum 
 
Rusuhan Kaum

Antara faktor yang menyebabkan rusuhan kaum

  1. Kesan daripada ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial 
  2. Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Ketiga
  3. PKM mengambil kesempatan semasa pilihan raya untuk mempengaruhi penduduk
  4. Parti bertanding menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan semasa berkempen
  5. Perarakan kemenangan pilihan raya yang tidak terkawal
Langkah yang Diambil bagi Mengatasi Masalah Peristiwa 13 Mei 1969
Darurat
  • Pengisytiharan darurat pada 16 Mei 1969 

Antara perkara yang diputuskan:

  • Perlembagaan digantung manakala PArlimen ditangguh
  • Wujudkan pusat perlindungan di beberapa tempat
  • Semua berita daripada pihak media ditapis
  • Pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
  • Pengerusi - Tun Abdul Razak

Antara tanggungjawab MAGERAN :

  • Mengembalikan keamanan dan undang - undang
  • Menentukan pentadbiran yang licin dalam negara
  • Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam negara
  • Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948
Peranan Raja
  • Semasa rusuhan kaum, Sultan Perak, Sultan Idris Iskandar Shah II, menasihati rakyat menjaga keamanan
  • pemimpin masyarakat dan politik negeri Perak menubuhkan Jawatnkuasa Muhibah
  • untuk menulis surat merayu penduduk agar bertenang agar bertenang dan membantu negara mengekalkan keamanan
  • Raja mint arakyat agar bertenang dan mematuhi undang-undang