05-05: Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

 
5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
 
Inti Pati Perjanjian Malaysia
  1. 31 Ogos 1963 merupakan tarikh pembentukan Malaysia
  2. Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu
  3. Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia
  4. Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri
  5. Memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran awam serta pendidikan kepada Sarawak dan Sabah
  6. Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi; Sarawak 24 kerusi; dan Sabah 16 kerusi
  7. Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
 
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Indonesia bantah pembentukan Malaysia di PBB
  • Jadi United Nations Malaysia Mission ditubuhkan pada 12.8.1963 untuk menilai dan membuat laporan
  • Pembentukan Malaysia ditangguhkan ke 14.9.1963 kerana laporan tak sempat disiapkan
 
Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
  • 16.9.1963 - diisytiharkan di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah

Kuala Lumpur

  • Yang di-Pertuan Agong membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka, disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman

Sarawak

  • Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak
  • dibaca oleh Khir Johari
  • dihadir anggota kabinet negeri

Sabah

  • Datu Mustapha mengumumkan pengisytiharan di Kota Kinabalu serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah
  • dihadiri Tun Abdul Razak