05-03: Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia

 
5.3 Reaksi Tempatan dan Negera Jiran terhadap Pembentukan Malaysia

 
1. Reaksi Tempatan
Persekutuan Tanah Melayu
  • mendapat sambutan baik daripada penduduk dan parti politik
  • Tunku Abdul Rahman mendapat sokongan UMNO mengenai pembentukan Malaysia
Sarawak

Menyokong

  • BARJASA - Datuk Patinggi Abdul Rahaman dan Datu Tuanku Haji Bujang 
  • PANAS - Datu Bandar Abang Haji Mustapha
  • PESAKA - Temenggung Jugah anak Barieng
  • SCA 

Menentang

  • SUPP - Ong Kee Hui
  • SNAP - Stephen Kalong Ningkan

Menentang Kemudian Menyokong

  • SNAP - mula menyokong berdasarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Sabah

Menyokong

  • USNO - Datu Mustapha Datu Harun
  • menubuhkan gabungan parti politik seperti UNKO, USNO, United Pasok Momogun(UPKO), Democratic Party dan Sabah Indian Congress pada 1962 untuk menyokong Malaysia

Menentang

  • Di Sabah penduduk menganggap Tanah Melayu terasing
  • Mereka soalkan keadaan pemimipin tempatan dan ingin berkerajaan sendiri
  • jarak antara Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur juga menimbulkan masalah

Barisan Bersatu yang menentang pembentukan Malaysia pada 9.8.1961 : 

  • Ong Kee Hui - Pengerusi SUPP
  • A.M.Azahari - Parti Rakyat Brunei
  • Donald Stephens - Fuad Stephens(UNKO)

Menentang kemudian menyokong

  • UNKO
Singapura

Menyokong

  • PAP - dipimpin Lee Kuan Yew
  • golongan pedagang dan pengusaha sendiri menyokong sebab membuka peluang pasaran yang lebih besar 
  • Parti Buruh Singapura bersetuju tapi anggap gabungan ini sebagai usaha yang sukar dicapai

Menentang

  • Parti Rakyat Singapura
  • Barisan Sosialis - kerana anggap pembentukan ini sebagai penjajahan baru. Mereka cadangkan agar pandangan rakyat diperoleh dalam pembentukan
Brunei

Menyokong

  • Sultan Omar Ali menyokong
  • Rakyat Brunei menyokong pada awal, namun mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu 

Menentang

  • Parti Rakyat Brunei(A.M.Azhari) - kerana berminat untuk gabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara
  • menganggap ini merupakan cara British mengekalkan pengaruh
  • juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan 
 
2. Reaksi Negara Jiran
Indonesia
  • Tidak menentang pada awal
  • Dr. Mohammad Hatta (Naib Presiden Indonesia) & Dr. Subandrio (Menteri Luar Indonesia) menyokong
Filipina
  • Presiden Diosdado Pangan Macapagal mennetang kerana menuntut wilayah Sabah
  • tuntutan itu adalah di bawah urusan kerajaan British
Thailand
  • memberi reaksi positif dan menerima idea 
  • dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara