05-02: Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia

 
5.2 Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia
 
Idea Pegawai British
1887
  • Lord Brassey mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan NNS supaya menjadi tanah jajahan yang besar
  • dikemukakan kerana melihat potensi ekonomi melalui penggabungan wilayah ini
1951
  • Selepas Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald - mencadangkan penggabungan tanah jajahan Bristish di Asia Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi
  • bertujuan menyesuaikannya dengan rancangan dekolonisasi
  • Pada 1951, beliau bincang dengan Dato' Onn Jaafar dan ahli Majlis Perundangan Persekutuan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo
1952
  • Sir Gerald Templer - meminta penggabungan wilayah ini disegerakan bagi tujuan keselamatan
  • Pada Januari 1960, mesyuarat pegawai tinggi British di Borneo bersetuju dengan cadangan pertahanan dan keselamatan
1960
  • Sir Geofroy Tory - mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi
  • mendapat sokongan Pejabat Kolonial
 
Idea Penduduk Tempatan
1906
  • Majalah Al-Imam menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi 
1938
  • Konsep Melayu Raja diperjuang oleh nasionalis Tanah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob, Harun Aminurrashid dan Ahmad Boestamam
  • Idea mereka untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia
  • Idea ini tidak berhasil Presiden Soekarno, isytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa melibatkan Tanah Melayu
1955
  • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu
1958
  • Datu Mustapha Datu Harun, menyatakan minatnya kepada Tunku Abdul Rahman untuk membawa Sabah bergabung dengan Tanah Melayu
1960
  • Tunku Abdul Rahman memaklumi Lord Perth pada 10.6.1960 - berminat untuk bergabung dengan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura
 
 
Rasional Idea Pembentukan Malaysia
\(\downarrow\)
Keselamatan
Ancaman Komunis di Singapura
  • Ancaman ini menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu
  • Tunku Abdul Rahman anggap, Singapura akan menjadi pusat kegiatan komunis
  • Jadi langkah penyatuan ini akan membendung ancaman komunis di Singapura
Perkembangan di Sarawak
  • Sarawak menghadapi ancaman komunis melalui Clandestine Communist Organization (CCO)
  • Dengan penyatuan ini dapat membendung ancaman komunis
 
Keseimbangan Komposisi Penduduk
  • Keputusan untuk menerima Singapura akan mewujudkan ketidakseimbangan komposisi penduduk antara orang Cina dan Melayu
  • Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei akan menyeimbangkan komposisi antara kaum
 
Mempercepat kemerdekaan
  • Bagi British, pembentukan Malaysia akan merealisasikan rancangan dekolonisasi serta mempercepat kemerdekaan wilayah Borneo, Sarawak dan Sabah
 
Pembangunan Wilayah
  • Cadangan penubuhan negara bertujuan agar wilayah ini dapat bersatu dalam usaha mempercepat pelbagai bidang pembangunan
  • Pembentukan Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi dalam infrastruktur, sosial dan ekonomi