04-03: Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
 
 
Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
Pembangunan Tanah
  • 1956 FELDA ditubuhkan
  • FELDA mendorong penubuhan Federal Land Consolidation Rehabilitation Authority (FELCRA) dan Pemulihan Tanah Persekutuan pada 1966
Pembangunan Wilayah
  • Kerajaan Persekutuan membuka kawasan lebih luas untuk membangunkan wilayah baru

Agensi pembangunan :

  • KEDA
  • KESEDAR
  • PERDA
  • KETENGAH
  • KEJORA
  • DARA
  • LKTS
  • SALCRA
  • SLDB
Pembangunan Koridor Wilayah
  • merupakan perancangan strategik jangka panjang yang memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah
 
Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara
Pengurusan Taman Negara
  • pengurusan hidupan liar dan taman negara merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan Negeri
  • Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972(Akta 76) diwujud pada 1972
  • Pada 2010, Akta 76 diganti dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010(Akta 716)
  • Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua PERHILITAN Semenanjung Malaysia
  • Pengurusan Sarawak - Perbadanan Perhutanan Sarawak
  • Pengurusan Sabah - Jabatan Hidupan Liar Sabah
Pengurusan Taman Laut
  • Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut
  • Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau
  • Pada 2007, Jabatan Taman Laut Malaysia ditubuhkan
  • Pada 2018, pengurusan taman laut dipindahkan ke Jabatan Perikanan Malaysia
  • Di Sabah - di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui agensinya, Taman-Taman Sabah
 
Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat
Perumahan Awal Kemerdekaan
  • menyediakan perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar
  • Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada 1964 untuk menggiatkan usaha menyediakan perumahan kos rendah
  • Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah
Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan
  • Kerajaan Persekutuan melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) pada 1997 untuk membina perumahan awam di seluruh negara
  • Kerajaan Negeri tubuhkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak untuk membina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah
  • juga kenalkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)
Perumahan Mampu Milik

Program peringkat Persekutuan

  • Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA)
  • Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Program peringkat negeri

  • Rumah Selangorku 
  • Rumah Mampu Milik Johor
 
Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Pemerintahan Keselamatan Daerah Rajang di Sarawak
  • Dengan ancaman komunis Tun Abdul Razak Hussein (Pengerusi Majlis
    Keselamatan Negara) isytihar Bahagian ke 3 sebagai Rajang Area Security Command(RASCOM) /Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972
  • Ketua Menteri Sarawak - Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM
  • bertanggungjawab menyelaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
  • menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12.2.2013
  • Misi ESSCOM- meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan