03-03: Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan

3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
 
Institusi Yang di-Pertuan Agong
  • diwujud selepas kemerdekaan pada 1957
  • Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan raja negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan , Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan
  • Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut dikenalkan
 
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
  • Kedudukan Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara
  • Keutamaan Kedudukan dalam Persekutuan:
  1. Yang di-Pertuan Agong
  2. Raja Permaisuri Agong
  3. Raja-raja dan Pemangku Raja
  4. Yang di-Pertua bagi Negeri-Negeri
  5. Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan
  6. Perdana Menteri
  7. Timbalan Perdana Menteri
 
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
\(\swarrow\) \(\downarrow\) \(\searrow\)
Kuasa Eksekutif Kuasa Perundangan Kuasa Kehakiman
 
 
Kuasa Eksekutif
Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
  • Yang di-Pertuan Agong melantik Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri
  • Baginda dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-Menteri, Timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara
Pelantikan Jawatan Penting
  • melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara
  • melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angatan Tentera
Ketenteraan
  • pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia
  • dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera 
Diplomatik
  • melantik diplomat Malaysia ke luar negara
  • menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas di Malaysia
 
Kuasa Perundangan
Persidangan Parlimen
  • Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang
  • berkuasa untuk memberhentikan dan membubarkan Parlimen
Agama
  • merupakan Ketua Agam Islam bagi negeri sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah
Ketenteraan
  • pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia
  • dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera 
Hak dan keistimewaan
  • bertanggungjawab menjaga serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah
  • melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia
Pengisytiharan Darurat
  • boleh membuat pengisytiharaan darurat
 
Kuasa Hakiman
Kuasa Kehakiman
  • Yang di-Pertuan Agong melantik Mahkamah Atasan atas nasihat Perdana Menteri, ditimbangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Eksekutif dan berunding dengan Majlis Raja-Raja
Kuasa Pengampunan
  • dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan, seseorang yang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong
  • akan bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan