03-02: Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja

 
3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
 
 
Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja

Pembentukan Durbar NNMB

  • dibentuk pada 1987
  • digunakan oleh Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk bincang hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan British

Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union

  • Perlembagaan Malayan Union memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan
  • dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union
  • mempunyai 9 orang Raja Melayu dan 3 pegawai kanan British
  • berfungsi untuk membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam & menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-Raja Melayu

Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Malayan Union digantikan dengan Majlis Raja-Raja Melayu pada 1948
  • diurus oleh Raja-Raja Melayu
  • Pengerusi mesyuarat ditentukan oleh Raja-raja Melayu dalam kalangan 9 orang Raja Melayu
  • diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan Pesuruhjaya Tinggi British tentang penggubalan undang-undang &dasar Kerajaan Persekutuan

Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka

  • Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang menjadi ahli Majlis Raja-Raja
  • Selepas 1963, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah menjadi ahli 

Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan

Fungsi Majlis Raja-Raja:

  • Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
  • Memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu
  • Memperkenankan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan 
  • Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
  • Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
  • Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu
  • Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah dan kepentingan sah kaum lain