02-01: Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

 
2.1  Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
 
  • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara
  • Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan pemerintahan beraja
  • Raja perintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal 
 
 
Asas Pembentukan Perlembagaan
Undang-undang Negeri Melayu
  • Raja sebagai pemerintah
  • Rakyat memberi ketaatsetiaan
  • Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja
  • Undang-undang yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu termasuklah Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang 99 Perak
  • Sebelum kedatangan kuasa barat, negara kita mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang menjadi panduan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara
Undang-Undang Inggeris
  • British memperkenalkan undang -undang di Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice
  • Diambil daripada undang-undang yang digubal di England
  • Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan NNS sahaja diguna pakai

---------------------------

  • Sarawak - Di Sarawak pula terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England.
  • Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak beri kuasa pada badan Council Negri (Majlis Negeri) terdiri 45 ahli dan pengerusi Ketua Setiausaha
  • Majlis Tertinggi dipengerusi Gabenor, anggota lain Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan, Peguam Negara
    Perlembagaan Sarawak tahun 1959 beri kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri

---------------------------

  • Sabah - Di Sabah terdapat undang-undang yang sama disebut Sabah Application of Laws Ordinance 1951
  • Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuh pada 1950
  • Majlis Undangan beri kuasa pada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya