01-04: Langkah Mempertahankan Kedaulatan

1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan
 
 
Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi
Pemerintah
  • Mewujudkan pentadbiran yang cekap
  • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran
  • Memastikan agihan sumber kekayaan negeri secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi
  • Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan
Rakyat
  • Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara
  • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik
  • Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua
  • Mematuhi undang-undang negara
 
Mengekalkan Perpaduan Kaum
Pemerintah
  • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional
  • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan
  • Merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional
  • Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum
Rakyat
  • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang menjamin perpaduan kaum
  • Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum
  • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia
  • Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum
 
Memupuk Patriotisme
Maksud
  • Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara 
  • sanggup mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya
Pemerintah
  • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara
  • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara
  • Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media
  • Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan
Rakyat
  • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang dan lagu Negaraku
  • Menyanjungi imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi
  • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara
 
Mengukuhkan Pertahanan Negara
Pemerintah
  • Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara
  • Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa
  • Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan  pasukan pertahanan negara
  • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa
Rakyat
  • Peka terhadap isi keselamatan negara
  • Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara
  • Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara
  • Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara