01-03: Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat

 
1.3  Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
 
 
Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
Keberkesanan Pentadbiran
  • memberi kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar
  • Dasar pentadbiran negara dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan
  • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran
  • diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan
Kemakmuran Ekonomi
  • Selepas kemerdekaan, pelbagai usaha diambil untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat
  • Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan
Kesejahteraan Sosial
  • negara melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan agar mereka dapat bagi sumbangan untuk pembangunan negara
  • bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan
Kecemerlangan Hubungan Luar Negara
  • dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara kita
  • dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain
  • mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang
  • dapat meningkatkan imej negara