01-01: Konsep Kedaulatan

 
1.1  Konsep Kedaulatan
 
  • Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
 
 
Bahasa Takrif Kedaulatan
Bahasa Yunani 

supernuus/supernaus - agung/tertinggi (negara yang bebas dan merdeka)

Bahasa Inggeris

sovereignty - negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

Bahasa Arab

daulah - kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

Bahasa Melayu

daulat - kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

 
 Tokoh Pandangan Tokoh
Aristotle (Ahli Falsafah Yunani)
  • kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara
  • kerajaan yang terikat oleh undang-undang
Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)
  • kekuatan dan kekuasaan berasaskan semangat kakitangan bangsanya
  • kekuatan semangat beragama - sanggup berkorban demi mencapai cita-cita yang sama
Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis)
  • kuasa tertinggi dalam sesebuah negara
  • sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
  • dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara)
  • asas negara yang merdeka
  • memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa
 
Jenis-jenis Kedaulatan
Kedaulatan Tradisional
  • sistem pemerintahan berkuasa mutlak
  • negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu
  • Raja - pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
  • diperkukuh oleh taat setia rakyat
Kedaultan Moden
  • idea kemunculan negara bagsa selepas Revolusi Keagungan dan Perancis
  • hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan
  • (Selepas Perang Dunia Pertama) nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumoun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa
  • Kedaulatan negara kita lahir hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963
Kedaulatan Undang-undang
  • kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi
  • menjamin keadilan dan menjaga negara aman, stabil dan makmur
  • Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang
  • menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara
Kedaulatan Antarabangsa
  • merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain
  • Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970, sahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa
  • Keanggotaan negara kita dalam PBB buktikan, dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat