09-02: Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan

 
9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan

Keunikan Adat Perpatih

 

Jurai Keturunan Sebelah Ibu

1. Kaum perempuan dianggap Ibu Soko, iaitu ibu yang melahirkan anggota masyarakat.

2. Setiap anak merupakan anggota suku ibunya.

3. Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu.

 

Pelaksanaan hukuman

1. Bersifat pemulihan dengan memberikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan.

2. Mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah.

 

Perkahwinan

1. Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara.

2. Seseorang lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isterinya dan digelar “orang semenda” (orang mendatang).

3. Wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat. Namun begitu, jika hendak mengembalikan hak perlu menjalankan adat memulih pusaka.

 

Upacara Kedim

1. Menerima orang dari suku lain atau orang luar menjadi ahli suku.

2. Seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta dibuat penghebahan.

 

Wanita Mewarisi Pusaka

1. Wanita akan mewarisi harta pusaka termasuk tanah dan rumah bertujuan supaya wanita tidak terabai.

2. Diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan.

 

Keunikan Pemerintahan di Negeri Sembilan

 

Pelantikan Pemimpin

1. Pemimpin dalam Adat Perpatih ialah ketua adat seperti Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang dan Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar.

2. Penyandang pesaka adat pada semua peringkat dipilih hasil permuafakatan.