09-01: Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis

 
9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis
 

Sistem Pemerintahan Beraja

 

1. Penggunaan Gelaran Pemerintah

  • Kerajaan Kedah dan Kelantan menggunakan gelaran Sultan.
  • Kerajaan Perlis menggunakan gelaran Raja.
 

2. Cara Pelantikan Pengganti Pemerintah

  • Pelantikan putera Sultan atau Raja sebagai pengganti.
  • Daripada jurai keturunan pemerintah pengasas.
 

Adat Istiadat

 
1.  Majlis Pemasyhuran
  • Majlis pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan
 

2. Istiadat Pertabalan

  • Istiadat dimulai dengan mempersembahkan naskhah al-Quran dan alat kebesaran diraja.
  • Sultan atau Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup keris kuasa.
  • Menteri Besar mengetuai seruan “Daulat Tuanku”.
 

3. Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

  • Penganugerahan ini merupakan lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Biasanya, penganugerahan ini disempurnakan bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah. Darjah Kebesaran dianugerahkan sebagai pengiktirafan kepada Sultan atau Raja, kerabat diraja dan rakyat yang berjasa.
 

Perundangan

Terbahagi kepada 3 : 

  1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman

  2. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis

  3. Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

 

Peranan Sultan atau Raja

1. Kedudukan Sultan atau Raja sebagai Ketua Negeri.

2. Ketua Agama Islam.

 

Badan Penasihat Sultan atau Raja

1. Kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua yang membantu Sultan atau Raja dalam mentadbir negeri dan rakyat.

 

Tanggungjawab Sultan atau Raja

1. Larangan kepada Sultan atau Raja, Menteri dan Jemaah Menteri menyerahkan negeri atau kuasa kepada kerajaan lain.

2. Sultan atau Raja berhak memilih Menteri Besar.

 

Hak Rakyat dalam Pentadbiran

1. Warganegara berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

 

Persuratan

 

Hikayat Merong Mahawangsa

  • Hikayat Merong Mahawangsa dihasilkan sekitar tahun 1821.
  • Mengisahkan pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah.
 

Hikayat Seri Kelantan

  • Hikayat Seri Kelantan dipercayai ditulis pada tahun 1914.
  • Mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah hingga tahun 1900.
 

Kesenian

 

1. Warisan Seni Ukir

  • Banyak diwarisi di Kelantan dan Kedah.
  • Kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan bangunan seperti masjid.
 

2. Warisan Seni Bina

  • Berupa binaan istana serta hiasan ukiran daripada kayu berkualiti.
  • Keunikan binaan rumah tradisional Melayu ialah tebar layar berbentuk “V” terbalik yang dihiasi ukiran bermotif alam. 
 

3. Warisan Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan

  • Pertukangan perhiasan daripada emas dan perak.
  • Pertukangan senjata tradisional seperti keris berkembang pesat terutamanya di Kelantan.
 

4. Warisan Seni Kraf Tangan

  • Hasil kraf tangan masyarakat seperti anyaman tikar dan bakul rotan.
  • Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik.
 

5. Warisan Seni Persembahan

  • Awang Batil merupakan penglipurlara di Perlis.
  • Wayang kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori warisan tidak ketara.
  • Mek Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini.
 

6. Warisan Seni Silat

  • Merupakan seni atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri.