08-02: Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

 
8.2

Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

 

Asas Hubungan

 

Tujuan

  • Pada peringkat awal pengasasan, setiap kerajaan menjalinkan hubungan luar kerana hendak memperkukuh kedaulatan.
 
1. Keserumpunan
  • Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya mendorong wujud hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Persamaan ini memudahkan interaksi sesama kerajaan.
 
2. Geografi
  • Sempadan antara negeri yang berjiran memudahkan perhubungan.
  • Sungai penting sebagai laluan perhubungan yang dikongsi secara bersama-sama antara negeri.
  • Pembentukan pelabuhan di pinggir sungai telah menggalakkan hubungan dengan negeri berjiran dan kuasa luar.
 
3. Agama
  • Berlaku melalui penerimaan Islam oleh pemerintah.
  • Diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama.
  • Berkongsi institusi pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah. 
 

Hubungan Diplomatik

 

Cara Jalinan Hubungan Diplomatik :-

1. Pengiktirafan
  • Pengiktirafan bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah. Hal ini mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama.
 
2. Pertahanan
  • Hubungan pertahanan yang diwujudkan dapat mengekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan daripada campur tangan kuasa lain.
 
3. Perkahwinan
  • Perkahwinan diraja akan mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan.
 

Hubungan Perdagangan

 
1. Pelabuhan
  • Pelabuhan asas kepada pembentukan hubungan dengan pedagang tempatan seperti Melaka, Perak dan Johor serta pedagang luar dari Siam, China, Arab dan Kemboja.
  • Contoh:
  1. Negeri Sembilan, Pangkalan di Sungai Linggi.
  2. Pedagang Rembau menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar.
 
2. Barang Dagangan
  • Kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian jenis barang dagangan menjadi tarikan pedagang tempatan dan dari luar Alam Melayu. Keperluan terhadap barang dagangan ini mendorong berlakunya hubungan perdagangan antara kerajaan.
  • Contoh: 
  1. Kedah memperdagangkan beras, garam, damar, kapur barus dan emas urai. Manakala pedagang dari Perak dan Melaka membawa barang dagangan seperti arang kayu, papan dan ikan kering.
  2. Negeri Sembilan memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus dengan Johor dan Melaka.