05-02: Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
 

Faktor Kegemilangan 

 
Kepimpinan Raja
  • Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.
 

1. Keturunan Raja Palembang

  • Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
  • Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.
 

2. Peranan yang Unggul

  • Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
  • Merupakan ketua angkatan tentera.
  • Mengetuai hubungan diplomatik.
 

3. Daulat dan Alat Kebesaran

  • Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat wajib memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja.
  • Alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat, keris. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.
 

4. Kewibawaan

  • Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.
  • Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka.
 
Sistem Pentadbiran
 

Sistem Pembesar Empat Lipatan

  • Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran.
  • Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.
  • Merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
 

Tugas utama pembesar ialah:

  • Menjaga keamanan kawasan.
  • Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.

Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir :

  • Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
  • Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti.
 
Sistem Perundangan
  1. Hukum Kanun Melaka
  2. Undang-undang Laut Melaka
  3. Undang-undang Adat
 

Aspek Kegemilangan

 
Empayar yang Luas

Cara Pembentukan Empayar : 

  • Penaklukan   
  • Perkahwinan     
  • Naungan
 

Kepentingan Pembentukan Empayar

Politik Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.

Ekonomi

Menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Sosial  Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa.
Agama Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, Timur Sumatera dan Patani.
 
Pusat Penyebaran Agama Islam

Cara Penyebaran Agama Islam:

  •  Pengislaman Pemerintah

Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

  • Peranan Ulama dan Mubaligh

Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya.

  • Peluasan Kuasa

Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.

 

Kesan Penyebaran Agama Islam

1. Tumpuan Ulama

2. Tempat Pembelajaran

3. Persuratan : Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.

4. Pemerintahan dan Pentadbiran : Jawatan mufti dan kadi diwujudkan untuk kelicinan pengurusan agama Islam.

 
Pusat Perdagangan
  • Kedudukan Strategik

Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China.

  • Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barangan

Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas, kain pelikat, tembikar, dan bahan makanan.

  • Dikunjungi Pedagang dari Dalam dan Luar Alam Melayu

Pelabuhan Melaka juga dikunjungi oleh pedagang dari, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, dan Annam.

 
Pengurusan Perdagangan
  • Syahbandar (Urusan Perdagangan) : Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.
  • Cukai Perdagangan : Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat pedagang ke Melaka.
  • Mata Wang : Perdagangan tukar barang berlaku antara barangan dari China dan Alam Melayu dengan barangan dari Barat dan India.
  • Orang Laut (Tentera perairan Melaka): Tugas orang laut ialah memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan.