Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia

8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia
 

Politik

  • Kehidupan bernegara
    • Nabi Muhammad SAW menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat melalui perlembagaan
    • Khalifah menegakkan agama dan mentadbir mengikut hukum syariah.
    • Kerjasama antarabangsa dijalinkan bagi tujuan dakwah dan silaturahim.
    • Penerokaan wilayah baharu telah meningkatkan imej Islam.
  • Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
    • Pemerintahan yang adil kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan keturunan.
  • Konsep ummah
    • Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan.
    • Setiap anggota masyarakat bekerjasama bagi memajukan negara.
  • Sistem syura
    • Mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak.
    • Bertujuan untuk mencapai keputusan secara muafakat.
 

Ekonomi

  • Amalan ekonomi Islam
    • sistem zakat dan sistem wakaf
    • sistem mata wang dirham dan perak
    • kutipan sistem cukai
    • melarang amalan riba
    • menegah penindasan dan penipuan semasa berniaga
    • menghasilkan produk yang bermutu
    • melakukan penyelidikan dalam membangunkan ekonomi
    • tidak menyekat umatnya daripada menjalankan perdagangan selagi mengikut hukum syarak
    • menghulurkan bantuan dan bersedekah
    • berjimat cermat
 
  • Institusi Baitulmal (Institusi Kewangan)
    • Menguruskan kewangan negara
Sumber Baitulmal
Harta melalui zakat masyarakat
  • zakat fitrah
  • zakat harta
  • ternakan
  • pertanian
  • emas
  • perak
  • barang perdagangan
  • wang simpanan
Harta hak milik umat Islam yang tidak jelas
  • sedekah
  • wakaf
  • wasiat
Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam -
Harta negara
  • cukai perdagangan
  • sumber kekayaan alam
  • cukai harta
  • harta tanpa waris
Harta daripada peperangan
  • jizyah
  • ghanimah
  • kharaj
Harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris -
  • Memesatkan gedung-gedung perniagaan
    • gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari luar negara
  • Menyediakan kemudahan asas
    • pembinaan sistem saliran
    • kemudahan jambatan dan jalan raya
 
Sosial
  • Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita
    • Peluang mendapat pendidikan
    • Tokoh wanita:
      • Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq
      • Shafiah binti Abdul Muthalib
  • Teknik penyelidikan saintifik
    • Industri pengeluaran barangan
      • Kertas
    • Kaedah penyelidikan pertanian
      • Sistem pengairan
      • Pemilihan benih dan baja bermutu
    • Bidang astronomi
    • Bidang fizik
    • Bidang perubatan
    • Bidang kimia
  • Kewujudan pusat kegiatan intelektual
    • Pusat pendidikan
      • Masjid dijadikan institusi pendidikan
        • Damsyik
        • Kufah
        • Basrah)
      • Istana khalifah menjadi tempat belajar dan perpustakaan
    • Pusat intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol
      • Pengkaji atau pelajar dari Eropah datang belajar di universiti-universiti Islam dalam bidang sains dan falsafah.
      • Sarjana Islam melakukan penterjemahan tentang falsafah dan sains dari zaman Yunani.
      • Hubungan orang Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan budaya ilmu yang baik.
 
Kemunculan Ilmuan Islam
Bidang Tokoh Sumbangan
Ilmu Sains dan Kimia Jabir bin Hayyan (Geber)
  • Menghasilkan himpunan “korpus Jabir”.
  • 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia.
  • Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Perubatan Ibn Sina (Avicenna)
  • Tokoh perubatan
  • Ahli falsafah
  • Buku al-Qanun fi al-Tib
  • Mempengaruhi ahli falsafah Barat, Alexander the Great.
Falsafah Al-Kindi
  • Lebih daripada 270 buah karya dalam pelbagai bidang.
  • Mempengaruhi tokoh ilmuan Eropah seperti Roger Bacon dan Descartes.
Astronomi dan falak Al-Battani (Albategnius)
  • Memperkenalkan asas ilmu trigonometri.
  • Menulis buku astronomi.
  • Mencipta alat ukuran masa.
Geografi Al-Biruni
  • Kajian utama dalam kartografi (peta) dan geografi.
  • Ramai orang Eropah menggunakan peta beliau.
  • Menghasilkan rajah gerhana bulan.
Matematik Al-Khawarizmi
  • Pengasas ilmu algebra.
  • Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al Muqabalah.
  • Kitab tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
  • Terjemahan ke dalam bahasa Latin dilakukan oleh Gerald of Cremona dan dijadikan teks asas di universiti-universiti Barat.
Pelayaran Ibn Battuta
  • Berlayar ke India dan Alam Melayu.
  • Buku pelayaran beliau digunakan oleh pelayar lain.