Tamadun China

 
7.2 Tamadun China
 
  • Lokasi: Di sekitar Lembah Sungai Huang He.
 
Perkembangan Tamadun China

Dinasti Qin

(221 SM – 206 SM)
  • Pemerintah: Raja Zheng (Maharaja Shi Huangdi)
  • Wilayah: Bahangian utara hingga ke Gurun Gobi dan selatan China bersempadan Vietnam.
  • Menyatukan China dengan mengekalkan kestabilan politik.
  • Peningkatan dalam bidang ekonomi dan sosial.

Dinasti Han

(206 SM – 220 M)
  • Pemerintah: Liu Bang (Maharaja Gaozu)
  • Wilayah: meliputi utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea di sebelah timur serta Turkestan di bahagian barat.
  • Terdapat 2 tahap:
    • Han Awal (awal 206 SM – 8 M)
    • Han Akhir (25 M – 220 M)
  • Pusat pemerintahan Han Awal di Chang’an
  • Pusat pemerintaha Han Akhir di Loyang
  • Pembukaan laluan Sutera membawa kepada peningkatan perdagangan.
  • Peningkatan bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di.
  • Melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada perkembangan dalam sistem pendidikan.
 

Perkembangan Pendidikan

  • Pendidikan bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika zaman Dinasti Zhou.
  • Wujud ramai falsafah seperti Konfusius.
  • Konfusius (551 SM - 479 SM) telah menghasilkan karya terkenalnya Lun Yu (Analects).
  • Ajaran Konfusianisme kekal sehingga kini.
 
Perkembangan pendidikan dalam Tamadun China
Dinasti Qin
  • Pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan oleh Han Fei Zi.
  • Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan.
Dinasti Han
  • Penubuhan sekolah tinggi di Chang’an.
  • Penekanan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme.
  • Penubuhan sekolah pada peringkat daerah dan wilayah.
  • Teknologi pembuatan kertas daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain, dan jaring oleh Cai Lun membawa kepada peningkatan pendidikan di sekolah.
 

Matlamat Sistem Pendidikan

  1. Lulus peperiksaan perkhidmatan awam.
  2. Mengekalkan ajaran Konfusianisme.
  3. Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat.
  4. Memilih pegawai kerajaan.
  5. Memupuk nilai moral dan etika.
 

Tahap Sistem Pendidikan

  • Kemahiran kendiri berdasarkan kemampuan:
    • Menghafal
    • Memahami
    • Menulis
    • Menterjemah
 
Peringkat pendidikan
Pendidikan Rendah
  • Menghafal tulisan serta buku suci tanpa perlu memahami maknanya.
Pendidikan Menengah
  • Menulis karangan dan sajak.
Pendidikan Tinggi
  • Menterjemahkan dan mengintepretasikan buku suci
  • Pelajaran berkaitan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja dan negara.
 

Peperiksaan

  • Diperkenalkan oleh Maharaja Wu dalam Dinasti Han pada 29 SM.
  • Dimansuhkan oleh Maharani Dowager Cixi pada tahun 1905.
  • Ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam:
    • Peperiksaan yang sangat kompetitif.
    • Hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status sosial.
    • Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme.
    • Larangan terhadap sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi China.
    • Dikawal dengan ketat.
    • Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman.
    • Calon dikurung sebelum peperiksaan berlangsung untuk mengelakkan penipuan.
    • Peperiksaan berkisar pada kandungan Sembilan Buku Suci.
      • The Analects of Confucius
      • The Meneius
      • The Great Learning
      • The Doctrine of the Mean
      • The Book of Songs
      • The Book of History
      • The Book of Rites
      • The Book of Changes
      • The Spring and Autumn Annals
 

Tahap Peperiksaan Perkhidmatan Awam

3 tahap peperiksaan perkhidmatan awam
Tahap pertama (Xiucai)
  • Dijalankan pada peringkat daerah
  • Terbuka kepada semua orang
  • Diadakan 2 kali setiap 3 tahun
  • Tempoh peperiksaan ialah sehari
  • Bilangan calon antara 500 – 2 000 orang
  • Kadar kelulusan, 1: 35
  • Memperoleh butang keemasan yang dilekatkan pada topi
Tahap kedua (Juren)
  • Dijalankan di ibu kota daerah
  • Hanya terbuka kepada calon yang telah lulus tahap pertama
  • Diadakan 3 tahun sekali
  • Tempoh peperiksaan 3 hari
  • Bilangan calon antara 4 800 – 10 000 orang
  • Kadar kelulusan, 1: 120
  • Memperoleh butang keemasan
  • Mendapat jawatan dalam kerajaan
  • Mempunyai tanda nama yang diletakkan di pintu masuk rumah
  • Mempunyai kakitangan pengiring
Tahap ketiga (Jinshi)
  • Dijalankan di ibu kota kerajaan
  • Diadakan 3 tahun sekali
  • Tempoh peperiksaan selama 13 hari
  • Mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan
  • Memperoleh pelbagai keistimewaan yang lain untuk diri, keluarga dan kampungnya