Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia

 
5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia
 
  • Tamadun awal bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai.
 

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia
  • Tanah di antara dua sungai.
  • Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
 
  • 5 000 SM – 700 SM – perkembangan bermula
  • 3 500 SM – menjadi pusat tamadun awal
  • Kerajaan utama:
    • Sumeria (kerajaan pertama pada 3 500 SM)
    • Babylon
    • Akkad
    • Asyria
    • Chaldea (kerajaan terakhir pada 539 SM)
 
  • Perkembangan Kerajaan Sumer:
    • Membina petempatan
    • Menjalankan aktiviti pertanian
    • Membina sistem pengairan
    • Membina sistem perbandaran
  • Ciri-ciri utama Kerajaan Sumer:
    • Bandar maju
    • Pengkhususan pekerjaan
    • Institusi yang kompleks
    • Pengurusan simpan kira
    • Peningkatan teknologi
 
  • Perbandaran
    • Struktur bandar dibina daripada bata tanah liat
    • Tempat ibadat berbentuk zigurat
    • Dinding besar mengelilingi bandar
    • Petempatan awal bermula dari perkampungan ke bandar, seterusnya kepada beberapa negara-kota
    • Contoh negara-kota: Negara-Kota Ur
    • Terdapat pusat perdagangan dan pelabuhan di Negara-Kota Ur
 
  • Kawasan Mesopotamia pada masa kini:
    • Iraq
    • Syris
    • Turki
    • Iran
    • Kawasan sempadan Turki-Syria
    • Kawasan sempadan Iran-Iraq
 

Tamadun Mesir Purba

  • Terletak di kawasan lembah Sungai Nil
  • Kepentingan Sungai Nil:
    • membanjiri kawasan sekitarnya dan membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian
    • membekalkan sumber makanan seperti ikan
    • sumber perhubungan dan pengangkutan
 
  • Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan:
  1. Kerajaan Purba
    • Perkampungan petani pada 5 000 SM
    • Terbentuk 2 kerajaan, kerajaan utara di hilir Sungai Nil dan kerajaan selatan di hulu Sungai Nil.
    • Raja Mennes menyatukan kedua-dua kerajaan pada 3 100 SM.
    • Raja Mennes menjadikan bandar Memphis ibu kota kerajaan.
    • Perkembangan kerajaan mencapai kemuncak pada 2 650 SM.
  2. Kerajaan Pertengahan
    • Bermula tahun 2 100 – 1 650 SM.
    • Perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran.
    • Thebes ibu kota kerajaan.
    • Kegiatan perdagangan berlangsung menggunakan jalan sungai.
    • Raja Mesir menghantar tentera untuk melindungi pedagang daripada serangan penjahat di jalan perdagangan Mesir.
    • Pembinaan kubu di sepanjang Sungai Nil oleh penduduk.
    • Penduduk mengambil alih kuasa kota Nubia.
  3. Kerajaan Baru
    • Golongan bangsawan memerintah Mesir.
    • Pemerintah digelar Firaun.
    • Firaun membentuk pasukan tentera untuk mematahkan serangan orang luar.
    • Raja yang terkenal ialah Ramses.
    • Ramses membina banyak monumen terkenal berupa berhala.
    • Zaman kejatuhan bermula semasa pemerintahan Ramses II pada 1 279 – 1 213 SM.
 

Tamadun Indus

  • Terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India.
  • Dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
  • Tamadun bermula pada 2 500 SM
  • Melalui 2 musim yang ekstrem menyebabkan tanaman musnah:
    1. Musim hujan membawa banjir
    2. Musim kering membawa kemarau
  • Kegiatan utama termasuk:
    • Pertanian
      • Gandum
      • Barli
      • Kapas
    • Pembuatan barangan daripada kapas dan besi
    • Perdagangan
  • Perkembangan bandar terancang di Lembah Indus
    • Bandar terancang yang dibina:
      • Mohenjo-Daro
      • Harappa
    • Mencipta sistem paip dan pembentungan
  • Kejatuhan Tamadun Indus
    • Peristiwa gempa bumi dan banjir
    • Serangan orang Aryan
 

Tamadun Huang He

Huang He
Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur.
  • Terletak di antara Sungai Huang He (atau Sungai Kuning) yang terletak di kawasan utara negara China dan Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning.
  • Kegiatan awal:
    • Pertanian
    • Penternakan binatang
    • Mengumpul hasil hutan
    • Berburu
  • Terdapat 3 kerajaan awal:
    • Xia (2 205 – 1 766 SM)
    • Shang (1 766 – 1 050 SM)
    • Zhou (1 050 – 256 SM)
  • Perkembangan:
    • Lahir bandar seperti Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang)
    • Aktiviti utama tamadun:
      • Pertanian
      • Pembuatan tembikar
      • Pembinaan kapal
      • Penghasilan varnis, sutera, sulaman dan ukiran
      • Penghasilan ciptaan peralatan pertanian kayu dan logam